Teringat Video Yang Dibuat Dengan Pelajar Praktikal

 Gambar Screen Shot

Ingat tak tahun lepas, Mia ada cerita tentang pengalaman membuat video bersama pelajar praktikal? Kisahnya ada dalam Video Pra Pelancaran Sistem Maklumat Industri Nanas (SMIN) dan Video Shooting At Pineapple Farm. Masa itu agak ad-hoc juga sebab cuma ada masa 2 hari untuk siapkan video ini bersama Hazrik dan Akram, pelajar praktikal. Kalaulah diberi masa yang lebih, boleh juga kami buat lebih baik dan elok pada masa tu.

Tiba-tiba petang ini, Mia teringat nak tengok video ini di YouTube. Terasa rindu betul saat itu. Sekurang-kurangnya ada juga kenangan bersama mereka ketika video shooting di ladang Alor Bukit, Pekan Nanas, Pontian.

Mia rasa nak berkongsi video itu di dalam entri ini. Video itu telah di upload dalam youtube. Jom tengok zasss.....




Untuk pelajar-pelajar praktikal yang sekarang ini, Mia tak pasti sempat ke tidak nak ajar buat video sebab projek mereka di sini belum siap lagi.

p/s: rindunya kat semua pelajar-pelajar praktikal yang lepas... entah mereka ini ingat Mia lagi ke tidak...

Post a Comment

0 Comments