image Statistik Pengunjung 12 Mac 2012 - Google Analytics - Mia Liana

Tuesday, 13 March 2012

# Blog Matters # Tutorial

Statistik Pengunjung 12 Mac 2012 - Google Analytics

klik pada gambar untuk besarkan

Pernah tak kita ambil kisah siapa yang datang ke blog kita? Penting juga ya... supaya kita dapat kenal pasti pengunjung itu pernah datang sini atau pun tidak.

Mengikut laporan Google Analytics pada hari semalam, jumlah pengunjung blog ini sebanyak 506 visit dengan 469 uv manakala sebanyak 71.74% adalah pengunjung baru dengan pageviews sebanyak 938. Seramai 455 pengunjung datang dari Malaysia.


Bila dilihat melalui akaun nuffnang pula, sebanyak 503 uv dengan 938 pageviews. Beza sedikit sahaja pada unique visitor.

Pengunjung amat penting bagi blogger. Sebab itu ramai blogger berusaha keras untuk update blog setiap hari  bagi menjaga hati pengunjung dan memastikan penampilan blog lebih kemas dan teratur.

Jadi, apa yang kita dapat simpulkan di sini ialah jangan menganggap pengunjung yang datang ke blog kita adalah pengunjung yang sama. Pengunjung baru pun ada datang setiap hari, boleh jadi dari enjin carian atau pun yang baru kenal blog kita. Tidak semestinya juga yang datang ke blog kita ini adalah blogger, kerana kebanyakkannya kemungkinan silent reader, mereka yang datang hanya untuk mendapatkan maklumat dan informasi sahaja. Selagi blog kita boleh diakses 24 jam X 7 hari, selagi itu sesiapa pun boleh jadi pengunjung kita.

p/s: sayang kat semua pengunjung blog ini....


10 comments:

  1. saya pun slalu gak berkunjung ke blog ni gak =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya miss banu, sudi datang melawat kak mia di sini...

      Delete
  2. Heheh tahniah. Trafik blog juga boleh jadi peransang kepada diri sendiri untuk terus mengemaskini blog dengan entry terbaru hehe :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih. tu la... rasa macam janggal je kalau tak update blog. sebab dah terbiasa selalu update... :)

    lagi suka, kalau ada yang sudi datang dan baca blog kita....

    ReplyDelete
  4. wahhh.apa rahsianya UV camne?.mesti kerajinan kan?.hehehe..kalaulah eca serajin akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ecad.. kenalah rajin update blog... trafik dari search engine yang banyak membantu..

      Delete
  5. salam...

    akak join contest 2 ekkk

    http://khairilmazri.blogspot.com/2012/03/first-give-away-by-lala-and-una.html

    http://khairilmazri.blogspot.com/2012/03/jom-jadi-geng-kami-blogger-malaysia.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok... thanks mazri.. mia dah join yang kedua tu... :)

      Delete
  6. blog sy xmampu nak smpai camni.. hehe.. tahniah kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehhh kalau kita nak usaha. terima kasih ya... sudi singgah sini...

      Delete