Filem Aksi Perang Korea Paling Mahal Setaraf Filem Hollywood Kini Di Bawa Ke Malaysia – My Way



Jarang industri filem Malaysia menampilkan filem-filem Korea untuk santapan penggemar filem di sini. Hanya lambakkan filem Hollywood yang diiktiraf sebagai berkualiti didedahkan kepada penonton. Namun jangan dipandang rendah kemampuan negara Asia seperti Korea untuk menghasilkan sebuah filem yang gah. Walaupun karya dari Korea popular disini melalui drama-drama bersiri yang membuatkan kaum wanita menitiskan air mata kerana kisah cinta yang romantis, mereka juga berupaya menghasilkan filem hebat yang membuatkan penonton menangis kerana perang!

Setelah cemerlang mencatatkan kutipan box office di sana, Knotty Ideas Sdn Bhd mengambil inisiatif dengan membawa filem paling mahal Korea itu masuk ke Malaysia. Filem yang menelan kos sebanyak 28 bilion won ini (24.92 million USD), ‘My Way’ merupakan filem pertama Korea yang memaparkan insiden perang dunia kedua. Melalui arahan pengarah tersohor yang mula menempah nama di dunia Hollywood, Kang Je-kyu, hasil filem ini tidak perlu diragui. Kang yang menjadi pemangkin kepada industri filem Korea pernah mencipta sejarahnya tersendiri apabila berjaya mencatat penonton sebanyak 10 juta orang untuk filem arahan terdahulunya, ‘Tae Guk Gi: The Brotherhood of War.

Filem ‘My Way’ ini telah mengambil masa penggambaran selama 156 hari dengan menggunakan kamera berteknologi canggih serta binaan set dan props untuk menampakkan keadaan seakan-akan sama seperti zaman perang dunia kedua. Kang sendiri mengambil masa 3 tahun untuk menghasilkan skrip ‘My Way’ ini berdasarkan penyelidikkan mendalam mengenai sejarah perang dunia kedua yang melibatkan insiden Nomanhan, peperangan tentera Soviet dengan tentera German serta peperangan di Normandy, Perancis. Namun, paling istimewanya, cetusan idea filem ini sebenarnya berasal dari hanya sekeping gambar. Gambar di bawah simpanan arkib negara Amerika Syarikat itu didedahkan menerusi program dokumentari Korea yang ditonton oleh Kang di mana ia memaparkan imej seorang tentera berwajah Asia berdiri dikalangan tentera-tentera Jerman. Siapakah lelaki itu? Menurut sejarah, lelaki itulah satu-satunya tawanan perang berketurunan Asia yang terselamat selepas menempuh tiga insiden perang yang dahsyat.


Berasaskan gambar tersebut, Kang mencipta karyanya tersendiri melalui kisah dua watak utama yang masing-masing berasal dari Korea dan Jepun. Dua pemuda ini mengejar cita-cita yang sama iaitu ingin menjadi jaguh maraton. Namun pertemuan mereka berdua ini telah bermula dengan permusuhan dan ianya bertambah konflik apabila kedua-duanya bertempur di medan peperangan dunia kedua. Permusuhan akhirnya mulai suram dengan perlahan-lahan apabila mereka semakin mengenali di antara satu sama lain sepanjang perjalanan mereka menempuhi alam peperangan.


Cerita yang berdasarkan kisah benar ini juga telah mempertaruhkan tiga bintang terkenal dari tiga negara, Jang Dong-Sun (Korea), Joe Odagiri (Jepun) dan Fan Bing Bing (China). Pemuda Korea yang amat popular menerusi drama-drama bersiri Korea yang pernah ditayangkan di Malaysia memang tidak asing lagi pada peminat cerita Korea di Malaysia. Joe Odagiri pula walaupun berasal dari Jepun telah membina namanya sendiri di Korea dan amat digilai remaja-remaja Korea kerana wajah tampannya. Seangkatan dengan Gong Li dan Zhang Ziyi, pembawa peranan filem Bodyguards and Assassins, Fan Bing Bing perlu diakui kemantapan lakonannya menerusi ‘My Way’ ini. 

Filem ‘My Way’ menjanjikan keterujaaan penonton dengan aksi-aksi perang yang sangat hebat dan meyakinkan seperti gambaran sejarah terhadap zaman perang dunia kedua. Namun disebalik pertempuran yang menakutkan itu, terselit nilai persahabatan yang ingin disampaikan telus pada jiwa penonton. Akan mula bertempur di pawagam Malaysia bermula 19 April ini, masyarakat Malaysia bakal menyaksikan sebuah filem aksi perang paling hebat pernah dihasilkan dari negara Asia setanding filem Hollywood.



Sumber : Unit Periklanan & Promosi Alternate Pictures

Post a Comment

9 Comments

  1. Filem perang Korea yang paling saya ingat ialah Taegukgi.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. katanya filem tu memang best sangat2. kak mia belum tengok lagi.

      Delete
  2. Assalam, perh tak sabar nak nonton tu... Ada tak linknya utk di download kak...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oopppss yang ni akak tak pasti. cuba search kat enjin carian luar.

      Delete
  3. paling best cite perang korea yg masih beri kesan pada saya Taekgukgi..10 bintang saya bagi..best giler..nangis2 tgk cite tu..huhu yg ni pon nampak cam best

    ReplyDelete
  4. dulu pnah tgk taegukgi.. skrg ada lagi yg best ek.. gabungan 3 pelakon utama tu mmg best laa ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meletop2 lepas ni... tengok aje lah nanti... :)

      Delete
  5. Nampak mcm seronok.harus cari cerita perang yg bnyk memberi pengajaran.

    ReplyDelete