image Menjawab Persoalan Pelajar OUM Sambil Berkongsi Pengalaman Belajar - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Thursday, 1 March 2012

# Study Matters # Tips

Menjawab Persoalan Pelajar OUM Sambil Berkongsi Pengalaman Belajar


Terima kasih diucapkan kepada Anita (bukan nama sebenar) kerana sudi mengemelkan kepada Mia untuk bertanya bagaimana Mia belajar terutamanya selepas melahirkan anak. Di harap Anita tak kisah kalau Mia jawab persoalan Anita tu di dalam entri ini. Dapat juga dikongsi bersama pelajar-pelajar lain.

klik pada gambar untuk besarkan

"tadi search OUM terjumpa blog mialiana, saya pun student IT OUM baru sem 4 semester ni....suka baca kisah kejayaan mia di OUM...

sebenarnya nak mintak mia share ..sebab skrg tengah down dengan result sep...huhuhu sebab tak sempat nak study sebab outstation melampau2...macammna mia handle.pasal tu ye?.lepas tu assignment macammna mia buat ye? sebab dapat full mark..saya ni camne nak citer 1st sem terpaksa withdraw subject sebab tengah dalam pantang...pastu terasa cam tak leh nak cope bila masuk sem kedua..sebab macam culture shock camtu..pastu sem 3..amik online sebab baby kecik sangat2...tak leh gi kelas...

boleh tak mia share camne mia buat..sebab dah down dan terasa nak berenti je..huhuhu"

Bila kita tengah down, mood  hendak belajar pun memang tidak ada. Kita akan menangis sendirian, sedih dan murung. Jangan dibiarkan lama. Bahaya. Kita kena cepat-cepat atasi perasaan down tu supaya tidak lagi melarat. Contohnya kita cuba lupakan masalah tu dengan buat perkara-perkara yang kita suka. Pergi bercuti ke... tengok wayang ke.. Kalau Mia, blog inilah tempat Mia untuk hiburkan hati selain daripada keluarga dan rakan-rakan. Hari tu, masa Mia sedih, Kak Aida hadiahkan sebuah buku motivasi Jangan Bersedih supaya Mia lebih tabah kuatkan semangat untuk belajar. Peranan kawan rapat memang penting selain daripada suami dan keluarga sendiri. Kalau mereka buat tak kisah je... susahlah kita. Suami pun kena pandailah pujuk bila isteri sedih, ambillah hati dia. Anggaplah kegagalan itu sebagai titik permulaan untuk kita berusaha lebih sungguh-sungguh dalam pengajian. Kalau semester ini tidak berapa elok result nya, kita cuba lagi untuk semester depan. Usaha dan terus berusaha...

Soalan seterusnya, tak sempat study sebab outstation yang melampau. Hmmm... agak sukar sikit ni. Mia tak pasti Anita kerja yang macamana. Memang sibuk dan penat kalau selalu outstation. Tapi apalah salahnya kalau kita luangkan masa 1 jam setiap hari mengadap buku. Hanya baca sahaja. Topik demi topik. Sedikit demi sedikit. Lebih elok di waktu awal pagi. Bangunlah tidur awal sedikit supaya dapat belajar dengan tenang dan segar. Otak pun fresh. Macamana sibuk pun, wajib luangkan masa untuk belajar. Kena disiplinkan diri sendiri. Mula-mula nak buat memang payah, tapi bila dah jadi kebiasaan terasa mudah dan selesa. Cubalah...

Kemudian, tentang assignment macamana boleh dapat full mark. Susah nak terangkan. Setakat ini semua assignment Mia jawab dalam English. Bila belajar subjek-subjek Information Technology (IT) ni, kalau guna bahasa Melayu agak pelik sedikit bunyinya. Seelok-eloknya buatlah dalam English. Mia selalu guna Google Translate untuk terjemahan bahasa. Bila dapat soalan assignment, baca dan fahamkan soalannya betul-betul. Jangan sampai tersalah faham. Kemudian, berbincang dengan face-to-face tutor ataupun e-tutor di dalam online forum untuk penerangan yang lebih lanjut. Jangan buat assignment last minute. Mula-mula kumpulkan semua bahan-bahan rujukan sama ada buku ataupun dalam internet. Kemudian, mulalah mengarang dan nyatakan sumber rujukan sekali. Pastikan jawapan yang diberikan berpandukan kepada rubrik assignment yang telah diberikan. Contoh kalau soalan tu nak 4 huraian, sila buat 4 huraian beserta justifikasi dan contoh sekali. Jika soalan itu ada kaitan dengan gambarajah/diagram, lebih elok sertakanlah sekali. Yang penting jangan terkurang bagi jawapan. Lepas dah siap, semak semua ejaan dalam karangan dan betulkan mana yang silap. Kalau tak cukup patah perkataan, tambahkanlah di mana-mana huraian yang perlu. Pastikan jumlah perkataan mencukupi iaitu antara 2500 hingga 3000 patah perkataan.

Mia ada menangguhkan 1 semester pengajian pada semester Mei 2009 kerana tarikh jangka bersalin jatuh pada musim final exam pada awal bulan 8. Mia lahirkan Sofea pada 07.08.09. Lepas tu, Mia sambung belajar untuk semester September 2009. Masa tu pergi kelas pun, berstokin dan pakai baju sejuk. Tapi tutor amat memahami dan boleh bertolak ansur dengan slow kan aircond dan benarkan duduk atas pelampung kecil supaya punggung tidak sakit. Masa tu duduk lama sedikit pun dah rasa letih. Nasib Mia dah ok sedikit sebab makan jamu jadi duduk tu tak perlulah menggunakan pelampung. Bila menghadiri kelas di hujung minggu, Mia akan hantar Sofea ke rumah Mak Semah. Masa tu Sofea masih baby lagi, waktu malam memang berjaga 2 hingga 3 kali. Tidur pun tak cukup sebab nak nyusukan Sofea. Masa untuk belajar memang tiada. Untuk hilangkan sakit kepala, Mia pakai pilis sampai 4 bulan. Waktu belajar Mia hanyalah pada hujung minggu, hari Sabtu dan Ahad. Mia hantar Sofea ke rumah Mak Semah ataupun rumah Mak Mertua. Barulah boleh belajar masa tu. Nak buat macamana, dah ni je cara yang boleh pada masa tu. Bila Sofea dah besar sedikit, lebih 5 bulan, barulah Mia tukar semula waktu belajar di awal pagi setiap hari.

Apa-apa pun bila ada masalah, ianya boleh diatasi dan ada jalan penyelesaiannya. Terasa begitu rugi sangat kalau berhenti belajar di tengah jalan. Kena sentiasa berfikiran positif. Yakin pada diri sendiri. Perlu diingat masa kita mohon sambung belajar dulu, kita sebenarnya sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran sebagai pelajar, isteri, ibu dan wanita yang bekerjaya. Impian dan harapan haruslah ditunaikan. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Kelak nanti akan sesal sendiri.

Nampaknya itu sahaja yang dapat Mia kongsikan. Diharap dapat menjawab dan menepati persoalan Anita. Semoga Anita dapat menghabiskan pengajian di OUM dan dapat mengatasi stress dengan jayanya. All the best!

p/s: usaha itu tangga kejayaan.... nama sebenar dirahsiakan atas kehendak Anita...

26 comments:

  1. Replies
    1. Baguslah kak mia. Saya baru nak masuk oum intake mei ni. Saya pun takut boleh ke? Tapi bila k. Mia bagi note macam tu rasa semangat nak belajar. Tq

      Delete
    2. ok... boleh tu. jangan mudah putus asa..

      Delete
  2. seriously, bila bace entry ni, saya rasa, bukan untuk student OUM sahaja. pelajar yg belajar full time atau PJJ di ipta pun patut take note... sangat berguna tips2 yg akak bagi... baik untuk dijadikan panduan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh ye ke? sesiapa pun boleh baca entri ni... sharing is caring... :)

      Delete
  3. Wow.. Bagus Kak Mia.. Bagi galakan pada student2 lain.. Cayalah! ;)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. terima kasih, kaishin. sekadar berkongsi pengalaman...

      Delete
  5. bagi galakan kat student...bagus mia..lagipun blogger kita nie kebanyakkannya student hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... cik rose. mia kongsikan apa yang patut di sini...

      Delete
  6. saya bakal menjadi pelajar oum next semester..insya allah..semangat berkobar2..walaupon bidang study ni dah terlalu lama saya tinggalkan...macam mana lah agaknya nak bahagikan masa as a wife, pekerja, student n ibu pada 3 org anak..saya harap saya success...n nak jadikan blog ni sebagai pemangkin semangat saya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. tahniah ya. terharu mia rasanya. boleh punya tu ida... kena rajin usaha dan kuatkan semangat... :)

      Delete
  7. Cerita ni ada unsur motivasi ... Benjy pula bakal sambung belajar di OUM start Mei 2012 ... terima kasih kerana entri ini memberi 10% tambahan keyakinan kepada Benjy ... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita ini adalah kisah benar dari mia.. tahniah ya bakal jadi pelajar OUM nanti..

      yakin boleh!

      Delete
  8. Modul dalam bahasa malaysia atau inggeris

    ReplyDelete
  9. Mau nangis jerr bila tibanya saat2 detik2 terakhir nak submit assigment ni,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... saat yang paling mencemaskan apabila hampir nak siap assignment tapi tak siap2 lagi... huhuhu

      Delete
  10. Jangan bicara suatu kejayaan tanpa suatu pengorbanan. Saya suka entries blog ini^^

    ReplyDelete
  11. Salam, nak tnya klau fully online mcm mne eh cra bljr dia?

    ReplyDelete