image Syukur Nikmat - Mia Liana

Thursday, 1 March 2012

# Tazkirah

Syukur Nikmat


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Sesungguhnya  Allah  mengurniakan  kepada  sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat  mereka yang memerlukan . Apabila  mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula." (Riwayat Tabrani)

Huraian

Segala  nikmat  yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita hendaklah digunakan bertepatan dengan tujuan ia diberikan. Itulah tanda kesyukuran yang dituntut oleh Islam.

Setiap muslim janganlah bersifat kedekut untuk melakukan amal kebajikan dan bersedia  memperbaiki segala amal perbuatannya  kerana  Allah akan memberi ganjaran walau sekecil mana pun amalan tersebut.

Kita hendaklah mengambil pengajaran di atas kesusahan yang menimpa orang  lain  agar  terbit  rasa  bersyukur  di dalam diri dan supaya kita tidak mempersia-siakan nikmat yang diperolehi kerana nikmat yang tidak disalahgunakan dan tidak disyukuri akan ditarik balik oleh Allah S.W.T.

Pernahkah bunga iri hati dengan keindahan warna bunga lainnya?

ataupun

Pernahkah gunung cemburu dengan  kemegahan gunung lainnya? 

Lalu mengapa  manusia  harus  iri  dengan  manusia  lainnya? Setelah Allah yang  telah menentukan segalanya, mengapa tidak menerima apa yang telah Allah anugerahkan dan ciptakan. Mengapa selalu menyesali takdir yang telah digariskan? Manusia hanya makhluk yang lemah yang mana pegangannya terbatas pada ruang  juga waktu dan mengapa tidak bersyukur atas segala  nikmat  yang telah ada?

Apa yang telah Allah berikan tingkatkan potensi dan sebagai modal betapa indahnya nikmat yang Allah kurniakan dalam pelbagai perkara.

sumber : emel

p/s: sentiasalah kita bersyukur atas nikmat yang telah diberikan kepada kita

1 comment:

  1. Manusia hanya makhluk yang lemah yang mana pegangannya terbatas pada ruang juga waktu dan mengapa tidak bersyukur atas segala nikmat yang telah ada? saya suka kalimat-kalimat yang ini mbak

    ReplyDelete