image Rakaman Audio Pengumuman Khas Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) 8 Mac 2012 - Mia Liana

Thursday, 8 March 2012

# Work Matters

Rakaman Audio Pengumuman Khas Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) 8 Mac 2012


Tak semua orang sempat nak tengok siaran secara langsung Pengumuman Khas Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sempena Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari ini, 8 Mac 2012. Syukur sangat atas pengumuman yang telah dibuat Perdana Menteri kita ini. Terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan Malaysia...

Sebagai seorang penjawat awam kakitangan kerajaan Malaysia, Mia rasa begitu dihargai di atas kenaikan gaji yang telah dinyatakan. SBPA dimansuhkan dan SSM diperbaiki semula. Jadi sempat juga Mia rakamkan semasa siaran langsung tadi di komputer ini untuk simpanan. Boleh juga download ataupun dengar terus....


Rakaman Audio - Penuh
Klik SINI

Rakaman Audio - Bahagian Penting
KLIK SINI


Memandangkan Mia sibuk merakam, tak sempat nak catit maklumat penting jadi Mia kongsikan maklumat penting dari blog Anastasyea.

1. SBPA – Dibatalkan kembali kepada SSM yang ditambah baik 

2. Penubuhan Suruhanjaya – Mengkaji Perkhidmatan Awam Malaysia Saraan dan rekabentuk masa depan sektor awam 

3. Pelarasan gaji berdasarkan Matriks SSM ikut gred sebanyak;

- 13% untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 1-54) 
- 9% untuk Gred Utama dan Khas C, B, A 
- 8% untuk Turus III dan II 
- 7% untuk Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) 

4. Ubah Matriks kepada minimum dan maksimum – Gred 1-54. 

5. Gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

6. Jusa ke atas kekal SSM pelarasan ikut peratusan. 

7. Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kawasan B dinaikkan 200 ke 250 sebulan, Kawasan C 100 ke 150.

8. Insentif Perkhidmatan kritikal, Wilayah, Pedalaman, Subjek Pendidikan dikekalkan ikut peraturan sedia ada 

9. Guru – Kekal keputusan kemajuan kerjaya – time base

p/s:
Ada suara yang tersangkut di bahagian yang penting tu dan juga ada gangguan bunyi lain. Mia minta maaf ya... Ni je yang termampu Mia lakukan.

Jemput tengok entri sebelum ini Jom Tengok Siaran Langsung Program Khas Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) 8 Mac 2012 | Live Streaming | TVONLINE

10 comments:

  1. terbaik Mia... siap rakam tu... bagus...2

    ReplyDelete
  2. @RoslanPutra terima kasih... kebetulan Mia sedang cuti dan ada di rumah... tu yang sempat rakam....

    ReplyDelete
  3. salam mia - Terima kasih...terbaik!

    ReplyDelete
  4. terima kak mia kerana sudi kongsi info terbaik ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. wanzi... thanks sudi jenguk kak mia di sini..

      Delete
  5. siap rakam lagi macam ni baru blogger sejati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 ingat nak simpan untuk diri sendiri. pastu terfikir lebih baik upload dan share kat sini... :)

      Delete
  6. Alhamdulillah... naik byk skit berbanding SBPA. yg pastinye lps nie konpem harga barang akan naik. huhuhu... kalo sempat akan upload beberapa gambar ms join Perhimpunan Khas Penjawat Awam tu smlm. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bestnya... nanti bila update blog beritahu mia ya.. dodol.

      tentu seronok dapat tengok depan mata secaralive...

      Delete