image Ikan Bilis Goreng - Mia Liana

Monday, 26 March 2012

# Dari Dapur Mia

Ikan Bilis Goreng

Hmmmm... sedapnya ikan bilis goreng ini. Bukan calang-calang resepi. Mia pun baru first time rasa ni. Adik Mak Dara, Rina yang masak ni. Katanya resepi ini dia dapat dari salah sebuah hotel di Kuala Lumpur. Lokasi di dapur Mak Dara.

Jadi apalah salahnya menuntut ilmu memasak pula dengan Rina....



Cara-caranya..
  1. Goreng ikan bilis sampai sebelum garing (maksudnya hampir garing, kalau garing sangat nanti rangup pula macam keropok)
  2. Angkat ikan bilis yang digoreng tadi dan biarkan kering
  3. Masukkan minyak masak yang baru
  4. Masukkan potongan bawang besar premium yang berwarna oren (bukan yang merah ya...)
  5. Masukkan cili padi yang telah dipotong... chicken stock, pepper dan gula
  6. Apabila dah nak kering, masukkan balik ikan bilis goreng tadi.
  7. Dah siap, matikanlah api dan hidangkan di dalam pinggan
Yang penting, jangan biarkan bawang digoreng lama sangat, nanti air dari bawang akan lembikkan ikan bilis. Hmmm... nampak menarik bukan? Bolehlah cuba nanti...

p/s: sedap dan enak dimakan begitu sahaja.....

21 comments:

  1. wahh kak resepi baru ni...bleh cuba...tq kak

    ReplyDelete
  2. selalu buat camne..ringkas dan sedap :D
    tapi xguna pepper..nak try guna pepper gak lah :D

    ReplyDelete
  3. :) nice.....kalau darah tinggi jgn makan byk ye

    ReplyDelete
  4. makan dengan nasi putih panas-panas pasti sedap kan

    ReplyDelete
  5. sedapnye.... makan pulak dgn nasi panas kan....

    ReplyDelete
  6. hehe nanti kalau datang akak suruh rina masak lagi =)

    ReplyDelete
  7. ikan bilik goreng ni memang dah jadi kegemaran bila di makan... kalau kat kampung memang selalu menu ikan bilis ni diselang seli dgn ikan masin dan telur masin..

    ReplyDelete
  8. sedap tu..tapi biasanya kalau anum buat letak cili dan bawang jer..tambah sedap bila makan dengan nasi panas..fuhh..terangkat..

    ReplyDelete
  9. wahhh menarik nih...dah copy t try wat...hehehehe

    ReplyDelete
  10. makan dgn nasik panas mmg terbaik! kena pulak time perut yg lapar tu. fuhhh layannnn :D hikhik

    ReplyDelete
  11. oh. ada tambahan selepas goreng ye kak... mesti cuba ni.. nmpak tak susah.. :)

    ReplyDelete
  12. simple! tapi kalau makan ngan nasi panas2 tu...comfirm tambah nasik kan

    ReplyDelete
  13. simple tp js puya peberet ni...kalau takde lauk lain pun takpe...hehe

    ReplyDelete
  14. mmg terbaik ni kalau mkn dgn nasi panas..

    ReplyDelete
  15. Saya tak minat makan ikan bilis...tapi kalau macam ini lah resipinya mesti saya minat.

    ReplyDelete
  16. pagi-pagi baca entry kak mia, perut terus berbunyi (>_____<)"

    ReplyDelete
  17. terliur rasanya..walau simple tp sedap.. nasi putih ngn ikan bilis ni je dah bukak slera

    ReplyDelete