image Keputusan SPM Akan Dikeluarkan Pada 21 Mac 2012 | Semakan Online dan SMS - Mia Liana

Saturday, 17 March 2012

# Informasi Semasa

Keputusan SPM Akan Dikeluarkan Pada 21 Mac 2012 | Semakan Online dan SMS


Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu. 

Semakan melalui SMS
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.

Format Penghantaran sms:
taipkan [ no.kp ][ no.angka giliran ] sms ke 15888
klik pada gambar untuk besarkan

Semakan melalui Online
Calon-calon juga boleh menyemak keputusan SPM 2011 melalui online di Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia apabila keputusan telah diumumkan kelak. Pautan untuk semakan akan dibuka dan diaktifkan bagi tujuan tersebut.

Diucapkan selamat maju jaya dan dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih  tinggi.

4 comments:

  1. argh!!berdebar-debarnya tunggu result.kak mia,doakan result kita cemerlang ye?thanks for info :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok. kak mia doakan aalia moga dapat result yang terbaik.

      kita dah usaha sekarang tunggu sahaja keputusan hasil usaha kita tu.

      Delete
  2. Anda tersenarai !

    http://mohdyunus89.blogspot.com/2012/03/assalamualalaikum.html

    ReplyDelete