image Final Exam Bulan Depan..... Belajar Jangan Tak Belajar.... - Mia Liana

Tuesday, 27 March 2012

# Study Matters

Final Exam Bulan Depan..... Belajar Jangan Tak Belajar....

Di kala semua orang sedang berangan-berangan nak tidur. Di kala ada yang sedang dibuai mimpi lena. Ada juga segelintir orang yang masih belum tidur. Mia lah salah seorang daripada mereka. Susahnya di dalam hati. Sekarang ni kenalah mengulangkaji pelajaran. Walaupun subjek Malaysian Studies diambil secara online. Maksud di sini tiada kelas yang perlu dihadiri. Semuanya bergantung secara online dan inisiatif diri sendiri untuk belajar. Kalau tak nak belajar pun boleh juga, tapi nanti kalau tak dapat jawab, tanggunglah sendiri.

Subjek ini tidak boleh dipandang remeh. Walaupun dinilai secara Multiple Choice Question (MCQ). Betul-betul alergik dengan soalan yang jawapannya ada A, B, C dan D ini. Sepanjang Mia belajar di OUM ini, belum pernah ada satu subjek yang mendapat A bila ada format MCQ masa final exam. Paling tinggi pun A-. Boleh tengok prestasi akademik Mia kat SINI. Bayangkan sedih tak? Kalau tak dapat jawab, memang boleh hentam, baling dadu tengok mana yang kena. Tetapi kalau hentam tak mengena, macam mana? Risau tetap risau...

Sibuk macam mana pun... belajar tetap kena belajar. Kalau dah tak larat nak baca buku... boleh bincang dan bertanya dengan e-tutor dalam forum online. Tak pun boleh tengok video i-lecture, sambil dengar sambil tengok, sambil lihat. Lepas tu, boleh lah buat latihan dalam Self Assessment. 

Pendek kata, sekarang ni, facebook, twitter dah ada. Boleh berhubung dan berbincang tentang pelajaran dengan rakan-rakan lain. Boleh juga guna Skype untuk group call rakan-rakan yang jauh dan berbincang bersama. 

Semuanya sudah ada di depan mata. Semuanya ada dalam myVLE. Cuma nak atau tak nak sahaja. Kalau nak seribu daya.. tak nak seribu dalih. Usaha kenalah ada, kalau tak nak usaha lebih baik berhenti sahaja, tak payah belajar. Habis cerita.... Tapi janganlah sampai macam tu ya...

Jom tengok paparan dalam myVLE... zassss (sila klik pada gambar untuk besarkan)

online forum 

i-Lecture 

self assessment

p/s: subjek ini macam berat buat Mia. doakan Mia ya....

7 comments:

  1. Good Luck Kak Mia.. Soalan Multiple Choice memang ber risiko sebab kalau salah pilih, terus salah.. Jawapan hampir sama kan.. But, i know u can do it.. ;) Good Luck..

    ReplyDelete
  2. uii..tak faham langsung subjek Mia ni..berat untuk Mia ..lagi berat untuk saya ..he he he...apa2 pun selamat berjaya...

    ReplyDelete