image Assignment Malaysian Studies Telah Dihantar Secara Online Dan Masalah Yang Dihadapi - Mia Liana

Friday, 23 March 2012

# Study Matters

Assignment Malaysian Studies Telah Dihantar Secara Online Dan Masalah Yang Dihadapi

Alhamdulillah, hari ini mood Mia dah kembali ceria semula. Agak lambat sedikit Mia nak ceritakan apa yang berlaku semasa penghantaran assignment Malaysian Studies pada semester ini. Masih agak terkejut lagi dengan permergian arwah.

Semakin lama semakin ramai pelajar OUM, jadi bila hantar assignment last minute tentulah server akan sesak. Mia memang dah buat assignment ini secara perlahan-perlahan memandangkan keadaan Mia yang tidak berapa sihat dalam 2 minggu ini. Minggu lepas demam dan selsema. Minggu ni pula batuk dan sedikit selesema.

Mia sebenarnya susah hati takut ada pelajar lain yang lebih kurang sama jawapannya dengan Mia memandangkan sumber rujukannya adalah sama. Soalan assignment ialah berkenaan Sistem Pilihan Raya di Malaysia. Mia jawab assignment ini dalam bahasa Inggeris. Mengarang pun kena hati-hati takut terlari maksud kerana banyak rujukan tentang akta, undang-undang, peraturan dan prosedur pilihan raya lebih kurang sama. Mia redha sahaja dengan jawapan yang Mia beri tu. Harap sangat janganlah sampai kena potong markah kalau lebih kurang sama dengan pelajar lain. Kalau lebih 50% persamaan dengan jawapan pelajar lain, markah assignment adalah 0.

Tarikh akhir penghantaran assignment ialah pada 21 Mac 2012. Tetapi pada awal pagi jam 12.20 pagi 21 Mac 2012, Mia betul-betul panik sebab sistem myVLE telah menutup penghantaran assignment. Terus Mia cepat-cepat sms pada online tutor, bertanyakan masalah ini. Tak lama selepas itu Encik Krishnan pun membalas sms Mia dan minta Mia contact OUM esok paginya. Esok paginya Mia call OUM dan masalah telah diperbaiki dan penghantaran assignment secara online telah diaktifkan semula. Punyalah suka Mia. Lepas tu, apalagi beritahu semua kawan-kawan kat dalam forum.

Ini adalah assignment terakhir Mia di OUM, tapi inilah yang paling susah nak buat sebab Mia lebih minat pada subjek-subjek teknologi maklumat.

Yang penting Mia dah hantar assignment pada 4.05 petang hari  Rabu 21 Mac 2012. Tak mahu tunggu-tunggu lama. Takut nanti sebelah malam server sesak sebelum 12.00 tengah malam. Mia tak nak ambil risiko. Selepas hantar Mia akan check semula dengan download balik file assignment yang telah di upload. Tentulah risau, takut file lain yang di upload pula. Kena double check..

Lepas ni Mia akan sibuk dengan persediaan final exam pada bulan depan dan menyiapkan laporan dokumentasi untuk projek sistem.


 klik pada gambar untuk besarkan

p/s: menghitung hari...lagi sebulan nak habis belajar...

2 comments:

  1. Alhamdulillah..selamat jugak akhirnya menghantar asgmnt secara online tuh. Mak pun summit by online...

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur sangat2 makkkk... hehehe good luck untuk mak lagenda ya....

      Delete