Mia mula masuk Open University Malaysia pada ambilan Semester Mei 2008 untuk pengajian Bachelor of Information Technology With Honours. Menangguhkan pengajian selama 1 semester pada Mei 2009 kerana bersalin. Kini, Semester Januari 2012 adalah semester terakhir Mia. 

Tinggal 2 subjek lagi, iaitu Malaysian Studies (MPW2103 - 3 jam kredit) dan Project BIT (CBBR4106 - 6 jam kredit). Mia sedang berusaha keras dan bersungguh-sungguh untuk semester terakhir ini.

Setakat ini sebanyak 29 subjek telah Mia ambil dan ada 2 subjek yang mendapat credit transfer. Kesemuanya 3 jam kredit setiap satu.

Subjek Wajib Universiti
  1. OUMH1103 Learning Skills For Open Distance Learners : A
  2. OUMH1203 English For Written Communication : A
  3. OUMH1303 English For Oral Communication : A
  4. OUMM3203 Professional Ethics : B+
  5. OUMH2203 English For Workplace Communication : A
  6. OUMM2103 Entrepreneurship : A
Subjek Teras Wajib
  1. CBCT2203 Basic Concepts Of Information Technology : A
  2. CBCP2103 Computer Programming : A
Subjek Teras
  1. CBDA2103 Data Analysis And Modeling : A
  2. CBMA2103 Discrete Mathematics : A
  3. CBCA2103 Computer Architecture : A-
  4. CBDB3203 Database Implementation : A
  5. CBAD2103 System Analysis And Design : A-
  6. CBDS2103 Data Structure : A
  7. CBOS2203 Operating System : B+
  8. CBCN4103 Introduction To Networking : A
  9. CBOP3203 Object-Oriented Programming : A
  10. CBSE4103 Software Engineering : A-
  11. CBOP3103 Object-Oriented Approach In Software Development : A
  12. CBBR4106 Project : A (update pada 26 Mei 2012)
Subjek Elektif
  1. CBCH4103 Human Computer Interaction : A-
  2. CBCS4103 Introduction To IS Audit, Security And Control : B+
  3. CBMS4203 Management Of Information System : B+
  4. CBMT2103 Introduction To Multimedia Technology : A
  5. CBVP2103 Visual Programming : A
  6. CBWP2203 Web Programming : A
  7. CBMI4103 Interactive Media : B+
  8. CBWP3103 Web Publishing : A-
  9. BBED4103 E-Commerce : B+
  10. CBFS4203 Accounting Information System : A
Subjek MQA
  1. MPW2113 Bahasa Kebangsaan A : Credit Transfer
  2. MPW2143 Pengajian Islam : Credit Transfer
  3. MPW2133 Malaysian Studies : B+ (update pada 26 Mei 2012)
Tidak semua subjek kita boleh dapat score A. Bergantung juga kepada minat dan usaha untuk belajar. Mia lebih minat pada subjek programming. Pengurusan masa yang cekap amat penting bagi pelajar seperti Mia ini. Walaubagaimanapun, Mia syukur sangat sehingga kini CGPA masih 3.80. Harap sangat lagi 2 subjek semester terakhir ini, dapat mengekalkan prestasi CGPA Mia lebih daripada 3.70. Tolong doakan Mia ya...

Mia harap entri ini akan menjadi rujukan bagi pelajar-pelajar lain yang ingin mengikuti pengajian di Open University Malaysia di dalam bidang yang sama ataupun sebagai perangsang kepada pelajar-pelajar di IPTA/IPTS lain untuk belajar lebih bersungguh-sungguh sementara peluang masih ada.

p/s: usia bukan penghalang untuk terus belajar...



* update pada 26 Mei 2012
Mengikut Result Semester Januari 2012, Mia dapat A untuk subjek Project dan B+ untuk subjek Malaysian Studies. Jumlah subjek yang telah diambil sebanyak 31 subjek. Jumlah keseluruhan CGPA ialah 3.80 dan Mia akan graduate dengan Anugerah Dekan (Dean List) untuk Bachelor of Information Technology with Honours Open University Malaysia.