Apa kena pula dengan Mia ni, buat entri trafik pula tengah-tengah malam. Jangan salah faham ya..  Mia ni sedang buat rekod untuk bukti trafik lebih 500uv sehari bagi Projek 100 Bloggers tempohari. Ini inisiatif Mia untuk terpilih dalam projek tu.

Alhamdulillah, ramai yang datang ke blog ini pada hari Rabu, 7 Mac 2012. Mia juga sempat printscreen pada jam 11.50 malam tadi dalam akaun Nuffnang.

Jom kita tengok...zasss.. (sila klik pada gambar untuk besarkan)



Jumlah trafik pada hari semalam sebanyak 623 unique visitor (uv) dengan mempunyai sebanyak 870 pageviews. Jumlah sebenar mungkin akan lebih sedikit dari jumlah ini. Paling tinggi ialah antara 2.00 hingga 3.00 petang yang mempunyai 72 uv.

Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi singgah dan lawat blog ini pada hari semalam. Terima kasih juga kerana sudi menyokong blog picisan ini. Apa yang Mia kongsikan di sini adalah untuk tatapan anda semua. Terima kasih untuk segalanya...

p/s: sayang anda semua ketat-ketat....