image Jangan Abaikan Entri-Entri Lama Dalam Blog - Mia Liana

Sunday, 11 March 2012

# Blog Matters # Study Matters

Jangan Abaikan Entri-Entri Lama Dalam Blog


Hmmm... di kala malam-malam begini. Di saat tak tahu nak buat apa... Mia pun bacalah entri-entri lama di blog ini. Tiba-tiba rasa kesian pula. Ada ke orang nak baca entri-entri lama ini?

Mia pun bukalah twitter dan tweet semua entri-entri lama daripada Mac 2007 hingga Julai 2007. Satu persatu. Habis penuh dengan tweet entri-entri Mia je... Saja-saja sambil melayan perasaan sebab nak ambik mood sebelum baca buku. Belajar setengah jam sahaja sebelum tidur malam ini. Esok dah mula kerja.

Selain dari itu, boleh juga ping entri-entri lama dalam Facebook dan drBuku. Jangan asyik ingat nak buat entri baru setiap hari dan hanya ping entri baru sahaja. Jangan abaikan nasib entri-entri lama. Lainlah kalau entri-entri SEO, sepanjang masa ada sahaja orang cari  di Google, Yahoo, Bing dan lain-lain search engine.

p/s: kalau tiada sesiapa yang baca, sendirilah yang baca pelan-pelan. banyak kenangan sentimental value...

24 comments:

  1. betol tu kak..kadang2 entry lama ni jijah repost balik je..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mia tak repost cuba buat entri baru dan masukkan link entri-entri lama yang berkaitan...

      Delete
  2. kdg2 sy pun bca blik entry lama2...bila bca mula la senyum sorg2...hheheh

    ReplyDelete
  3. Ym pun suka baca entry lama2.imbas kenangan.:-)o

    ReplyDelete
  4. klu tgk blog tu menarik dengan gaya penulisan yang menyeronokkan, akak suka juga singgah lama-lama dan baca entry from the beginning. Macam mengenali blogger tersebut dengan rapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan? jadi silent reader. baca pelan2... barulah kenal blogger tu dengan lebih rapat...

      Delete
  5. huhu~ samela , suke bc entry lame n repos balek , hehehe

    ReplyDelete
  6. Thanx untuk info ni.. E'raz pun nak cuba jugak la.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok. tak semua blogger aware tentang benda ni... secara tak langsung ia juga meningkat trafik ke blog kita...

      Delete
  7. betulla kan..kalau org rasa nak baca..bacalah..kalau tak, dok kat situ le dia hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp... jadi kita la yang kena baca sorang2... huhuh...

      Delete
  8. ha'ah betul tu! scha pon suke tgk2 balik entri lame2. Alahai kenangan, sengih sorg2 baca. kihkih ;)

    ReplyDelete
  9. tp kan kak ade je yg dengki bila kita selalu ping entry kt fb...xtau la ape mslh org2 cmtu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak ping ke fb kenalah berpada-pada... memang mungkin ada orang tak suka..

      sebab itu kak mia ping banyak2 kat twitter.. heheh kasi pening diorang... takkanlah sorang atau dua orang taknak tengok entri2 kita tu... heheh

      Delete
  10. Salam,
    Saya masih baru, jadi tiada entri lama yang banyak hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe.. teruskan berblogging ini.. blogger baru sekarang ni, ramai yang dah berjaya....

      Delete
  11. suka gak belek2 entry lama...lagipun time tu tak ramai pengomen..elok la kalau kita freshkan balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la fieda.. masa tu kita baru nak mula bertapak dalam dunia blog, memang tak ramai yang komen.

      Delete