Sebenarnya tempohari Mia pergi Plaza Angsana sebab nak beli tudung kat tingkat 5. Klik SINI. Ingat lagi tak tempohari Mia ada cerita yang tudung Mia terbakar terkena seterika. Klik SINI. Cari punyalah cari tak jumpa-jumpa yang berkenan di hati.

Mia cuma ada satu eyeliner bentuk pensel. Kena guna remover, baru boleh tanggal. Tu yang leceh nak guna, kalau tak ya-ya, memang malas nak pakai.

Lepas tu Jijah pun beritahu pasal Eyeliner Silky Girl - Precision Liquid yang sememangnya sesuai untuk kaum muslimah sekarang ini. Mudah untuk ditanggalkan bila hendak solat. Betul-betul menepati citarasa Mia. Lantas Mia pun terus beli tanpa was-was.

Bila dicuba dan digunakan ternyata memang senang dipakai dan mudah ditanggalkan. Jadi bolehlah menutup mata yang sembab akibat tak cukup tidur di waktu sekarang. Maklumlah, Mia kurang tidur kerana belajar di waktu malam.

Sukanya... Selesai satu masalah tentang mata.




p/s: harganya RM 17.90.... so sweet dan mampu dibeli oleh semua... cubalah...