Semalam petang, selepas siap mengemas barang-barang, Mia pun minta tolong Mak Dara hantarkan ke stesen LRT Sri Rampai. Tempohari masa Mia sampai rumah Mak Dara, Jumaat lepas, Mia naik 2 LRT dari Terminal Bersepadu Tasek Selatan (TBS). Masa tu agak kelam-kabut takut stesen LRT tutup.

Punyalah baik hati Mak Dara dan Suaminya, terus nak hantarkan Mia ke Terminal Bersepadu Tasek Selatan (TBS). Terharunya... Sebenarnya Mia tak suka nak susahkan orang, dahlah duduk menumpang 2 hari kat rumah dia. 

Setibanya, di lobi utama TBS, sempat juga bersalaman. Rasa macam akan merindui suasana kegirangan keluarga ini. 

TBS sangat sesak dengan ramai orang. Lama juga Mia beratur untuk dapatkan tiket balik ke Johor Bahru. Akhirnya dapat juga jam 3.20 petang. Mia suka naik bas yang seat besar tu. Rasa selesa. Tidur pun nyenyak.

Mia sampai Johor Bahru dalam jam 8.00 malam dan turun di Sri Puteri dekat dengan Skudai Parade. 

Jom tengok gambar Mia dengan Mak Dara sekeluarga dalam kereta yang dipandu oleh Suaminya semasa dalam perjalanan ke TBS. zasssss...










p/s: terima kasih tidak terhingga kepada Mak Dara sekeluarga. Begitu juga dengan Suami Mak Dara yang sporting... Anak-anak Mak Dara yang cepat mesra dengan Mia.... Satu keluarga yang sangat sweet....