image Ingin Belajar Bachelor of Information Technology di OUM Tetapi Tiada Pengalaman - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Saturday, 11 August 2012

# Study Matters

Ingin Belajar Bachelor of Information Technology di OUM Tetapi Tiada Pengalaman


Ingin Belajar Bachelor of Information Technology di OUM Tetapi Tiada Pengalaman

Mia ada terima mesej di fanpage Mialiana.com tempohari. Seorang pelajar baru Bachelor of Information  Technology (BIT) Technology Open University Malaysia (OUM) bertanyakan beberapa soalan kepada Mia. Mia bukan boleh jawab sangat, mana tahu takut tersalah berikan jawapan. Mia hanya boleh berikan pandangan sahaja. Terpulang. Pokok pangkalnya diri sendiri yang menentukan pilihan mana yang lebih sesuai dengan minat sendiri.

Terima kasih kepada Samad kerana di atas ucapan tahniah kepada Mia dan alhamdulillah usaha penat lelah Mia selama belajar di OUM tidak sia-sia. Mia juga nak ucapkan tahniah kepada Samad kerana berjaya menyambung BIT di OUM. Masih di semester pertama tentu banyak perkara yang dirisaukan dan masih lagi dalam kejutan budaya belajar.

Adakah betul IT susah?
Hmmm... agak berat nak jawab soalan ini. IT sebenarnya susah juga cuma bila kita belajar, lambat-laun ianya tidaklah begitu susah. Kalau kita minat tentu kita suka belajar IT. Bila belajar IT ini ada subjek teori, teknikal dan juga pengaturcaraan (programming). Kena pandai nak sesuaikan diri dengan penggunaan IT. Mia rasa ramai pelajar IT boleh menguasai subjek teori dan teknikal cuma subjek pengaturcaraan sahaja yang perlu diberi perhatian yang lebih. Buat latihan pengaturcaraan dengan komputer juga memakan masa sekiranya terdapat error yang perlu dibetulkan. 

Komitmen perlu ada jika ingin menguasai bidang IT. Kalau setakat baca buku sahaja belum tentu mencukupi. Perlu buat nota, buat latihan, belajar menjawab soalan peperiksaan akhir yang lepas dan juga kena hafal mana-mana yang penting contohnya format kod pengaturcaraan, lukisan gambarajah dan lain-lain.

Bolehkah saya teruskan sahaja walaupun tiada basic tentang pelajaran IT?
Yang ini perlu tanya pada diri sendiri. Sanggup atau tidak untuk hadapinya. Kena pandai berdikari dan cari kawan. Sentiasa bertanya kepada lecturer bila tidak jelas atau tidak faham. Kena usaha sendiri di rumah dan luangkan masa untuk belajar setiap hari tanpa mengabaikan komitmen keluarga dan kerjaya. Mungkin agak lambat sedikit nak catch up pada mulanya, nanti lama-lama akan terbiasa dan serasi dengan aktiviti harian yang lain.

  • Agak-agak berapa jam boleh luangkan masa untuk belajar dalam satu hari?
  • Adakah berfikiran analitikal dan mempunyai imaginasi yang kuat?
  • Sanggup terima cabaran dan boleh menghafal kod program?
  • Sanggup duduk depan komputer berjam-jam menyiapkan pengaturcaraan dan betulkan error?
Dulu pun Mia tidak tahu juga tentang IT. Tetapi masa belajar Diploma, barulah Mia tahu apa IT sebenarnya. Terlalu meluas. Memang persepsi orang kata IT itu susah, tapi jangan terlalu risau sangat, bila dah belajar tentu akan tahu macam mana rasanya. Yang penting kita kena usaha, belajar dan terus belajar. Jika jatuh, haruslah bangun semula. Kuatkan semangat InsyaAllah boleh...

Sebelum buat keputusan sama ada nak teruskan belajar IT ataupun tidak, cubalah belek-belek dahulu semua subjek yang akan dipelajari semasa BIT dan renung-renungkan... Kalau boleh hadapinya, teruskanlah.

p/s: Mia memang minat sangat dengan IT... sebab itu sanggup belajar BIT di OUM...

6 comments:

  1. baby xpenah tau & xpenah belajar IT.. gayanye macam susah je, tp alah bisa tegal biasa la kan kak mia? lama-lama nanti mesti beliau okey sbb kalau kita minat mesti ada kemahuan & jalan kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah baby... takpe baby boleh belajar pelan2... blog ni pun teknologi IT juga...

      Delete
  2. Replies
    1. thanks cik matahari... tetiba pula mia jadi tempat rujukan pelajar baru OUM hehehhe... segannya...

      Delete
  3. jawapan kak mia bg dh agak sesuai ^^

    to be honest, minat saja x cukup.. sbb bila mula keje dlm bidang iT nanti, satu perkara ni mmg confirm.. xde life utk aktiviti2 lain sbb byk masa diperlukan utk mengadap pc terutamanya jika terbabit dlm keje create laman web & sediakan doc setiap modul, erkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm tu lah. lama juga memikir nak bagi jawapan ni. dulu masa kak mia keje kat kl sebagai software engineer, memang takde life langsung. asyik balik lambat sahaja huhuhu... keje ni pun pening kepala juga bila coding yang dibuat untuk hardware, ada error... jenuh nak membeleknya.... hihihi

      Delete