image Ketupat Hias Segera - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Tuesday, 14 August 2012

# Work Matters

Ketupat Hias Segera

Ketupat Hias Segera

Sejak semalam Mia dan Lela sibuk menghias Unit ICT. Maklumlah minggu depan dah nak hari raya aidilfitri. Pasang lampu kelip-kelip. Barulah nampak suasana nak raya sedikit.

Kali ini Mia nak berkongsi kisah kami yang rasanya memang tak larat nak anyam ketupat reben. Tup-tup timbul idea dengan cari gambar ketupat kat Google, selepas itu dicetak dan digunting. Ini namanya ketupat hias segera @ ekspres. Hmmm.. Mia dapat buat 20 keping. 1 keping untuk 2 ketupat. Macam-macamlah boleh digayakan ikut suka kita.

Jom tengok gambar yang telah Mia instagramkan. Berubah terus warna ketupat hias segera ini...




Gambar ketupat bersaiz besar yang Mia jumpa di Google. Lepas itu Mia terbalikkan gambar ketupat itu menggunakan Adobe Photoshop. Dapatlah sepasang gambar ketupat.

klik SINI untuk lagi besar

klik SINI untuk lagi besar

Hahhh.. yang ini juga ketupat hias segera versi lawa sedikit. Anyam reben di atas kertas A4, selepas itu, kemaskan ke belakang dan gam atau cellotape. Jadilah ketupat sekeping. Boleh guna semula untuk tahun depan. Guna reben besar, dapat buat dalam 10 keping sahaja.



p/s: semester ini tiada budak praktikal di Unit ICT. suasana nak raya di pejabat tidak semeriah dulu...

30 comments:

  1. assalamualaikum mia....wah!! cantik deko opis mia moga gembira menyambut hari raya nanti yer...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.... uikk heheheh.. hias mana yang patut ni... memang suka nak sambut raya..

      Delete
  2. hahaa..senang citer kan kak mia, tak payah susah2 nak anyam. kak mia pandai ke anyam ketupat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh anyam zilla. dengan reben leceh sedikit, sebab licin. kalau dengan daun kelapa, laju je... heheh..

      tahun ni macam tak larat pula nak anyam ketupat rreben banyak2... huhuhu

      Delete
  3. saya pun siap hias pejabat...eangat raya n merdeka

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Tiru je... Asalkan tak sama pejabat.... Ditanggung beres...

      Delete
  5. kalau ada budak praktikal,mesti dorg yg kena buat ne kan kak..
    samalah mcm keadaan eca skrg...hukhukhuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala ciannya eca.. Dah nama budak praktikal memang wajib buat ni...hihihi buli skit je...

      Delete
  6. wahhh cantiklah ofis tu nnt hehee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau juga. Takut ter over nanti rimas pula... Huhuhu...

      Delete
  7. pergghhh.. kerajinan dan kreatif terserlah lah.. mesti mengerlip2 nanti.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uikkk hehe.. Buat yang termampu je... Terima kasih ya hani...

      Delete
  8. Replies
    1. Hmmm... Kena tunggu raya man. Tak lama. Lagi beberapa hari je ni...

      Delete
  9. Sop pun dah hias opis dgn pasang lampu kelip2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. cantik kalau ada lampu kelip2 ni. kata orang penambah seri dan aura... heheheh

      Delete
  10. nasib baik ada option cmtu.. jimat masa kn, hikk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... kalau takde option macam ni, jenuhlah nak menganyam ketupat reben... huhuh..

      Delete
  11. Kreatifnya Kak Mia.. Cantik dah office akak.. :)

    ReplyDelete