image Masakan Di Pagi Hari Raya Pertama - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Sunday, 19 August 2012

# Dari Dapur Mia

Masakan Di Pagi Hari Raya Pertama

Wahh... Bestnya. Baru sahaja selesai aktiviti memasak di awal pagi raya pertama. Di waktu ini, kaum lelaki sedang menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri di masjid. Kaum wanita pula sibuk di dapur hendak menyediakan juadah di pagi raya.  

Lokasi masak-memasak di dapur rumah keluarga Mia di Batu Pahat. Tengah malam tadi Mia dan Suami Mia baru sampai sini, memandangkan kami bertandang dahulu ke rumah keluarga Mertua di Johor Bahru. Lega.. nasib dekat. Tak jauh sangat.

Masak memang banyak. Guna kuali besar dan periuk besar. Memang puas lah kalau makan. Siap tambah-menambah. Selalunya ada aktiviti kunjung-mengunjung di sini, berbalas mangkuk rantang. Jadi, dapat merasa masakan jiran tetangga juga.

 Jom kita tengok... apa yang dimasak untuk pagi ini.... zasss.

Lauk wajib - Lodeh 

Lauk daging masak rendang

Lauk ayam goreng berempah

Sambal kacang 

Nasi impit guna bekas lontong 

Paling wajib - ketupat 

p/s: ketika ini Adik Mia, Ikin dan suaminya beraya di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Keadaan Adam dah agak stabil dan masih lagi dalam wad ICU untuk senang dipantau oleh doktor.

12 comments:

  1. Replies
    1. memang best... nyamm.. nyam... jemput makan ya mizah..

      Delete
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri ♥

    Jom Baca/Komen :)
    http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/08/selamat-hari-raya-aidilfitri.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya... mia pun nak ucapkan selamat hari raya pada cik fie..

      Delete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri Kak Mia. Rindu rasanya nak beraya di kampung. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya dear... selamat hari raya juga... psstt best tau beraya kat kampung... terasa kemeriahannya..

      Delete
  4. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin :)

    ReplyDelete
  5. wahhh pndainye kak mia masak... :)
    buatla resepi kak mia...heheeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uikkkk hehe.. Takde la pandai masak. Tolong family masak ramai2...

      Delete