image Kucing Jiran Buang Najis Depan Pintu Rumah - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Wednesday, 22 August 2012

# Community # Family Matters

Kucing Jiran Buang Najis Depan Pintu Rumah

Semalam petang balik Johor Bahru lalu jalan biasa Pontian sebab nak lalu highway mesti sesak. Terus bertandang ke rumah Mak Mertua.

Tengah malam tadi baru sampai rumah. Tup-tup macam ada bau yang kurang menyenangkan dan nasib tidak terpijak dalam kegelapan. Rupanya kucing jiran pergi membuang najisnya betul-betul  di atas jubin depan pintu rumah. Punyalah angin. Ni mesti kerja si kucing hitam yang bulu kembang itu. Tuannya tiada di rumah. Kalau lepak kat sini tidak mengapa, ini dijadikan tandas pula. Bukannya sedikit, banyak pula tu. Maklumlah kami tinggalkan rumah sejak hari Sabtu lagi.

Nak marah pun tidak guna. Tuannya belum balik lagi. Terpaksalah Suami Mia cuci malam tadi dengan keadaan penat. Sungguh bengang betul.

Pagi tadi pula, apa pasal lain macam pula bau ini. Bila dibuka pintu, buang lagi najis kat depan pintu rumah. Bertambah anginlah kami. Kalau wangi tidak mengapa... ini baunya memang tidak menyenangkan.

Gambar yang baru Mia ambil sebentar tadi ketika Suami Mia cuci depan pintu rumah buat kali kedua.


Nasihat kepada mereka yang bela kucing, jagalah kucing sendiri ya jangan sampai membuang najis di rumah orang. 

p/s: moody sedikit hari ini..

25 comments:

  1. Mmg bengang tau Mia.Akak pun selalu kena.Nak marah, jiran tu punyalah baik.Nasib baik kucing kampung,jiran tu terus buang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak scar... memang angin dibuatnya. ooo kak scar pun pernah kena juga. nasib baik tuannya ok.

      Delete
  2. Klo siram air mmg dia takot tu kak mo dtg lg. Bgs jg bg amrn, nt lemk, asik nk buang d dpn ruma ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah tu la... memang ingat nak siram. tapi tuannya dah balik malam tadi. terus dikurung.

      pagi ni, dia dah tak melepas di depan pintu rumah lagi...

      Delete
  3. pndai plak kucing tu pilih tempat.. klau buang kt umah tuan sendiri, bila tuan balik nanti msti kucing tu kena buang daerah kn, hukk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... kucing sekarang ni dah pandai skit... pandai jaga hati tuannya sahaja... huhuhu..

      Delete
  4. assalamualaikum mia...kesian nyer ....nasib baik la kucing mama tak mcm tu....

    p/s jemput la dtg ke pondok buruk mama ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama... terima kasih ya. mia dah datang ke blog mama semalam. kagum betul bila tengok entri2 mama... so sweet..

      Delete
  5. Salam Mia,
    Kata org sekali kucing buang najis di sesuatu tempat, dia akan buang di tempat yg sama juga selepas tu. Kena cuci betul2 sampai dia x blh jejak lagi bau tu.. akak pun tak pasti sebab x pernah bela kucing.. Jiran2 pun takde yg bela kucing

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan? memang dah cuci sebersihnya supaya tak de jejak dia lagi.

      Delete
  6. Replies
    1. memang tengah sabar ni... kalau tak sabar memang dah kena hambat kucing tu... (mood berangan je)

      Delete
  7. Replies
    1. tu la.. semua orang tentu geram... kalau tak geram pelik la..

      Delete
  8. kucing mmg camtue. Dah buang sekali, dy akan buang kat tmpt yg sama berulang2 kali sbb ade bau. Mmg la geram tp nak bt camne kan... dy xde akal nak pk mcm manusia. Siram air, ok la kot. Jgn buat kejam sudah la ea. Dy p0n ciptaan Allah gak.... =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak delah sampai nak dera kucing tu... cuma nak siram air skit kasi amaran... tu pun tak lalu2 depan rumah, macam tahu2 je dah buat salah.

      bila tuannya balik malam tadi, terus dikurung. hmm... tak sempat nak siram air dah... huhuhu

      Delete
  9. Replies
    1. Memang bersabar... Sampai sekarang pun tak cakap lagi dengan tuannya....

      Delete
  10. kucing sy pulak kak mia suka muntah depan pintu rumah. nasib baik jarang2. dan nasib baik lah rumah sendiri, bukan rumah jiran. tapi bising jugak lah nak membasuh tu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenuh juga nak cuci... Yang tak tahan baunya tu... Peliknya, suka muntah pula...

      Delete
  11. kak mia len kali pas jubin dah keringkan sembur dgn ridset spya bau penamat hilang..sbb biasa dia dah buang dia akan dtg balik kalo dpt kesan balik bau tu..cuba lah hehee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami Kak Mia dah taruk klorin... Kasi hilang semua jejak dia.... Setakat ni dia belum buat lagi...

      Delete
  12. apa kata mia buat tandas awam kat tepi rumah mia ngan jiran tu...siap tulis lagi "SI KEMBANG HITAM SILA BERAK KAT SINI, JANGAN DEPAN PINTU RUMAH SAYA"...mesti tuan dia terkedu bila tengok..so dia akan take care ngan perkara ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uikkk tak sampai hati nak buat cam gitu. Nak-nak tengah musim raya. Kang gaduh pula dengan jiran...

      Delete
  13. Tq cik atas infonya. 1st time saya dengar. Boleh jugak saya praktikkan nanti.
    Mungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk menghalau kucing berak merata ni. Lebih2 lagi bukan kucing kita sendiri, tapi kucing liar atau mendatang. Harap2 dapat selesaikan masalah semua.
    Boleh cuba gunakan produk "Cat Repellent" dari Jepun ni. Produk ni bila letak akan keluarkan bau yang menyebabkan kucing tak selesa & lari.
    Yang bukan sahaja murah & mudah tapi tak menyeksa binatang. Produk ni ada saya nampak di website ni
    www.tenringgitshop.com
    Selamat mencuba yer.

    ReplyDelete