Ketupat Hias Segera

Sejak semalam Mia dan Lela sibuk menghias Unit ICT. Maklumlah minggu depan dah nak hari raya aidilfitri. Pasang lampu kelip-kelip. Barulah nampak suasana nak raya sedikit.

Kali ini Mia nak berkongsi kisah kami yang rasanya memang tak larat nak anyam ketupat reben. Tup-tup timbul idea dengan cari gambar ketupat kat Google, selepas itu dicetak dan digunting. Ini namanya ketupat hias segera @ ekspres. Hmmm.. Mia dapat buat 20 keping. 1 keping untuk 2 ketupat. Macam-macamlah boleh digayakan ikut suka kita.

Jom tengok gambar yang telah Mia instagramkan. Berubah terus warna ketupat hias segera ini...




Gambar ketupat bersaiz besar yang Mia jumpa di Google. Lepas itu Mia terbalikkan gambar ketupat itu menggunakan Adobe Photoshop. Dapatlah sepasang gambar ketupat.

klik SINI untuk lagi besar

klik SINI untuk lagi besar

Hahhh.. yang ini juga ketupat hias segera versi lawa sedikit. Anyam reben di atas kertas A4, selepas itu, kemaskan ke belakang dan gam atau cellotape. Jadilah ketupat sekeping. Boleh guna semula untuk tahun depan. Guna reben besar, dapat buat dalam 10 keping sahaja.



p/s: semester ini tiada budak praktikal di Unit ICT. suasana nak raya di pejabat tidak semeriah dulu...