Roh Di Bulan Ramadhan

Seperti biasa, bila Mia terima emel daripada rakan Mia tentang perkara yang penting dan patut menjadi simpanan Mia, Mia akan masukkan ke dalam blog. Senang nanti nak baca semula kemudian. Jadi inbox di emel bolehlah dikosongkan.

Kali ini Mia terima emel tentang Roh Di Bulan Ramadhan. Bagus untuk dikongsi bersama. Selamat membaca... zasss..


AL-FATIHAH UNTUK ARWAH YANG KITA SAYANGI... 
" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari... Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"

Roh di Bulan Ramadhan 
Aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak-anak mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka-mereka yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang-orang yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. 

p/s: semoga doa daripada kita akan sampai kepada mereka.... amin....

Post a Comment

15 Comments

  1. I'm touched.......
    Nice sharing kak.....
    Al-Fatihah buat mereka yang telah kembali ke rahmatullah...

    ReplyDelete
  2. Bila baca ni buat sayer terpikir..agaknya roh arwah ayah saya datang tak?..sayer tak pernah tgok dia sejak lahir..tp stp kali berdoa mesti doakan dia jugak..
    Thanks for info mia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. ini hanyalah maklumat yang diterima melalui emel. untuk kesahihah selanjut kenalah bertanya pada yang pakar.

      Delete
  3. tq untuk info..
    tb2 teringat dekat arwah wan yg da lama meninggalkan kita.. :(
    al fatihah tuk beliau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 dhia... moga kita dapat mengingati mereka yang telah pergi...al-fatihah..

      Delete
  4. sesungguhnya, Allah swt itu Maha Penyayang.. =)

    ReplyDelete
  5. ingat masa kecil2 dulu dapat cerita roh akan blk untuk jenguk keluarga
    takut juga.. karang terserempak
    tp syaitan x der
    Sop tak takut jalan2 malam... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. samalah masamia kecik2 dulu. tapi sekarang dah ok, takde fikir macam tu lagi... hehhee..

      Delete
  6. owh, mcmtu ea akak? nk doa byk2, bia roh m.cik leh dtg..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya kita kena sentiasa doakan mereka tak kiralah bila-bila masa bukan setakat di bulan ramadhan je. roh datag ke tak datang itu terpulang kepada kekuasaan Allah SWT..

      Delete
  7. tadi pagi aku dikejutkan dengan seorang kawan aku di mana ayahnya telah pergi meninggalkan dunia..semoga ayahnya ditempatkan orang2x yang beriman. AMIN~

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh! samalah... pagi semalam mia dah pergi melawat orang meninggal, bapa rakan satu pejabat. redup je cuaca tak panas pun. al-fatihah buat arwah...

      Delete
  8. haah.. sangat2 touching dan mengingatkan kita..

    ReplyDelete