Pelanggan Pertama Servis Kereta Di Pusat Servis Hyundai Plentong Hari Ini

Hari ini hari Sabtu, Pusat Servis Hyundai Plentong dibuka separuh hari sahaja. Mia telah booking untuk servis semalam. Pegawai yang bertugas Rahimin kata pukul 8.30 pagi, kereta mesti dah ada di situ.

Makanya, pagi-pagi tadi Mia dan Suami Mia bersiap-siap lebih awal dan sampai dalam pukul 8.00 pagi. Tak sangka pula jadi pelanggan pertama servis kereta pada hari ini. Sukanya.

Meter dah menunjukkan 41 750, patutnya buat major service tapi cuma buat normal service dan tukar air filter. Kemudian kami berjalan kaki ke cafe yang berdekatan untuk bersarapan. Sedang tengah bersarapan sambil baca paper Harian Metro, Mia dapat panggilan dari pusat servis Hyundai menyatakan bateri kereta sudah lemah dan perlu ditukar baru. Hmmm...  belum pernah tukar lagi sejak dibeli Januari 2010 yang lepas. Mungkin dah tiba masanya. Nanti tak pasal-pasal tak hidup plak kat mana-mana, kan susah. Jadi, kami pun setuju untuk ditukar baru. Harganya hampir RM 280.00 rasanya. Bila dah diskaun, dapat RM 264.00.

Hari ini sahaja kos yang keluar hampir RM 500.00. Lagipun kereta ni, Mia guna hari-hari untuk pergi kerja. Kami pulang dalam 9.30 pagi. Banyak lagi kereta yang diservis hari ini. Lega... nasib baik jadi pelanggan pertama hari ini. Syukur sangat-sangat.....







p/s: sayang betul kat kereta ni.....

Post a Comment

10 Comments

  1. ni hyundai service tempat mmbr saya kerja ni juliana.. dia duk serumah dgn saya

    ReplyDelete
  2. mm..bila baca entry nie tringat kat keta sy jauh nun di sana..huhu lum service lg...

    ReplyDelete
  3. @Landz Encemooo ye ke encik Lan? sapa nama dia...

    p/s: terima kasih sudi komen. touchingnya bila en Lan komen di entri saya. kawan-kawan, perkenalkan en Lan ni tutor programming Mia di OUM Johor. Memang best!

    ReplyDelete
  4. @~:: awE ::~ kena servis tu... kalau tak dijaga, nanti macam2 akan problem nanti... :)

    ReplyDelete
  5. salam. boleh sy tahu alamat penuh tempat servis kereta ni x? dekat area mane ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sime Darby Auto Hyundai Sdn Bhd
      No 1C Jalan Johor Jaya
      Taman Perindustrian Plentong
      81750 Johor Bahru

      Delete
  6. Kat mane? Plentong ke? Bg no tel pusat sevis tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat dengan giant plentong. nombornya 07-3576868

      Delete
  7. Hyundai has always been a step ahead in terms of use of technology in vehicles and that has been a major reason for their dominance in the recent years. automoves

    ReplyDelete