Tuesday, March 20, 2012

Sekeluarga Pergi Kenduri Kahwin Di Permas Jaya

Hari Ahad lepas, sehari sebelum berakhirnya musim cuti sekolah, Mia sekeluarga telah pun menghadiri kenduri kahwin yang dibuat oleh sepupu Ayah Mia di Permas Jaya. Kiranya saudara yang kuat lah. Memang rapat sejak Mia kecil lagi. Kami pergi agak awal sebelum waktu Zohor. Masih belum ramai lagi yang bertandang.

Mula-mula Sofea meragam, tak nak pakai baju kurung. Bila dah sampai, pujuk punya pujuk baru nak salin baju kurung. Apa tidaknya, Mak Ngah dan Mak Uda nya pakai baju kurung. Neneknya pun pakai baju kurung. Termakan juga pujukan Mia.

"Mak...panas mak...". " Bukak baju ni...mak". Adui.. Sofea mengeluh kepanasan. Dah tu sibuklah Mia berkipas. Bila dah besar ni, nak amik gambar dia, mulalah dia buat pelbagai aksi. Sofea memang suka berlakon. Kat rumah pun kadang-kadang dia tiru gaya waiter ambil order. Tapi dia ambil order dari maknya. Kadang-kadang dia tiru gaya orang sakit. Lagilah kalau dia banyak tengok drama, memang akan ditiru gaya-gaya pelakon yang diminati. Paling suka cerita kartun, Hindustan dan drama yang ada Fasha Sandha. Sofea memang tidak takut pada orang malah pandai ambil hati orang.

Pergi kenduri pun dia tak meragam. Sesiapa yang layan dia pun, dia tak kisah. Asyik nak berceloteh sepanjang masa. Kena rajin layan dia la.

Jom tengok gambar kami sekeluarga... zassss....











p/s: bukan senang nak jumpa saudara-mara, masa kenduri kahwinlah baru ada...

4 comments:

  1. wah... meriahnya.... betul tu... amsa kenduri ni la nak jumpa saudara mara jauh dan dekat...

    ReplyDelete
  2. eem...x tahu lagi ape nk jadi nanti kenduri tu semakin meriah jadi ,boleh makn nasi panggangdan ayam memang sedap

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.

October 2014 Top Supporters