klik pada gambar untuk besarkan

Mia terima emel daripada DiGi pada pukul 10.35 malam, hari Jumaat lepas. Pelancaran DiGi WWWOW Awards 2012 dengan reunion untuk finalis-finalis yang bertanding pada tahun lepas dan juga semua peminat WWWOW. Rasanya semua telah pun menerima jemputan ini. Satu penghargaan yang begitu bermakna dan jangan lepaskan peluang ini.

Tarikh : 24 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi hingga 2.30 petang
Tempat : D'House, Subang Hi-Tech Industrial Park, Shah Alam


Wahhh! Best betul rasanya. Bahang telah dirasai kini. Teringat kisah tahun lepas, walaupun Mia tidak menang tetapi Mia terpilih dalam 6 finalis terakhir untuk kategori Blogger of the Year. Mia siap buat video lagi. Terfikir juga, kalau Mia masuk tahun ini, ada tak yang nak sokong Mia? Persaingan mungkin akan lebih sengit. Tahun lepas adalah tahun pertama. Tahun ini adalah tahun yang kedua.

Siapa yang dah terima emel tu, cepat-cepatlah daftar. Hanya untuk 100 yang pertama sahaja sebelum 17 Mac 2012 dan akan mendapat 2 tiket masuk...

p/s: nak tanya kawan-kawan yang dapat email.. ada tak yang pergi?