Semalam pagi-pagi lagi Mia dan suami telah bergerak ke Kuala Lumpur untuk menghadiri seminar kesihatan "Bagaimana Terapi Medan Elektrik Dapat Membantu Meningkatkan Kesihatan Dan Mencegah Penyakit" yang disampaikan oleh Dr. Amir Farid Isahak pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang di One Community Worldwide, Menara Weld, Kuala Lumpur.

Peluang yang ada tidak disia-siakan kerana masuk adalah percuma. Mia dan suami mengikuti rombongan bas dari Johor Bahru bagi menghadiri seminar ini. Banyak yang kami pelajari dan ilmu ini terlalu bermakna buat kami. Janganlah bila dah sakit baru sibuk nak cari ubat. Semasa sihat beginilah harus cegahnya dengan mengekalkan tahap kesihatan sepanjang masa.

Kami pulang jam 6.30 petang. dan agak hampir tengah malam baru sampai di Johor Bahru. Walaubagaimanapun, kami syukur dapat menimba ilmu pengetahuan yang amat berguna ini supaya Suami Mia dapat mengatasi masalah kesihatannya secara sistematik dan berkesan.

Jom tengok gambar-gambar kami semalam. zass.....









p/s: barulah tahu macamana terapi medan elektrik berfungsi sebenarnya...