Tips Penjagaan Tuala Mandi

Hmmm... sebelum gunakan tuala baru, mestilah kena cuci terlebih dahulu. Tuala mandi perlu juga penjagaan yang sempurna supaya boleh tahan daya serap. Mia dapat tips ini daripada bungkusan plastik tuala baru ini.




Untuk meminimumkan kepudaran warna dari tuala mandi :
  • Rendam tuala mandi baru selama sejam di dalam 1/2 gelen air yang bercampur 1/2 cawan cuka dan 1/2 - 1 sudu garam. Kemudian bilas
  • Sekiranya air bilasan masih berwarna selepas direndam selama sejam, ulangi proses di atas.
Disarankan agar menggunakan bahan pencuci lembut.

Elak daripada menggunakan bahan pelembut kain kerana ini akan mengurangkan daya serap tuala mandi anda.

Hmmm.. campur tuala yang baru ini, Mia dah ada tiga tuala mandi hasil daripada redemption point (tebus mata)  Bonuslink. Yang dua lagi tu, masih elok sehingga kini.

p/s: ramai yang tak sedar betapa pentingnya penjagaan tuala mandi.... setiap hari kita mandi dan gunanya...