Yong Taufu

Hmmm... Tengahari tadi Mia pergi beli barang keperluan di @mart Kempas dengan Kak Aida dan Dayah. Tengah beli-beli barang tu, tiba-tiba teringin pula nak makan yong taufu. 

Selama ini Mia hanya beli di kedai makan sahaja, tidak pernah cuba nak memasak. Memandangkan Dayah pun nak masak juga jadi Mia pun nak cuba jugalah. Beli semua bahan-bahan yang diperlukan.

Balik kerja terus Mia masak. Nasib baik mudah nak masak dan sediakannya. Sesuai untuk isteri yang bekerjaya. Bila berbuka puasa tadi, terasa sedapnya... makan macam ini pun boleh kenyang.... Sekali sekala tukar selera apa salahnya.





p/s : lebih suka masak yang simple...