Ingat tak tahun lepas bulan November, ramai blogger telah pun susah hati yang Google Friend Connect akan ditutup pada 1 Mac 2012. Ternyata sehingga kini belum ada apa-apa lagi perubahan seperti yang diwar-warkan dalam More spring cleaning out of season. Masa tu memang sedihlah, kalau followers hilang dan terpaksa digantikan dengan Google+ Page.

Bilangan Followers ialah aset terpenting bagi seseorang blogger. Syukur sangat, sehingga kini blog Mia telah mempunyai 7131 followers. Bukan mudah ya... Mia bermula dari bawah, dari tiada siapa tahu pun kehadiran blog ini. Sedikit demi sedikit Mia cuba maju setapak demi setapak.

Paling menggembirakan apabila ada pengunjung dari tahun 2007 hingga 2009 masih lagi datang berkunjung ke blog ini. Walaupun pada masa tu, Mia cuma jadikan blog ini sebagai storage untuk maklumat-maklumat yang diterima daripada emel bagi mengatasi masalah emel yang melambak dalam inbox. Siapa sangka akhirnya, ianya menjadi perkongsian kepada semua pengunjung dan juga mengisahkan perjalanan kehidupan Mia.

Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua follower blog ini, yang sudi singgah ke blog Mia dan kembali sini semula untuk membaca entri-entri dalam ini.... 

Ada juga yang Mia tak sempat nak follow balik. Kalau nak Mia follow beritahulah.. bila Mia sempat Mia akan follow. Jangan risau... Mia bukan sombong orangnya.

p/s: sayangnya kat semua follower blog ini..... terasa macam nak menangis...