Sebenarnya semenjak mula puasa lagi Suami Mia nak sangat makan Burger King. Mia kurang minat dengan Burger King. Akhirnya dapat juga makan ni. Mia lebih suka pada burger McDonalds. Masing-masing punya selera berbeza. Sofea pula tak kisah, dia lebih suka kentang goreng.

Nasib baiklah ada pandu lalu (drive thru) Burger King dan Mcdonalds sebelah menyebelah di stesen Petronas kat kawasan UTM. Kalau nak pergi Pontian dari Johor Bahru, memang akan lalu kawasan ini, betul-betul di seberang jalan. Senangnya. Boleh bungkus dua-dua sekali. 

Menu burger Suami Mia berharga RM 6.++ untuk satu set bersama air isotonik dan kentang goreng.


Menu burger double cheese Mia berharga RM 11.++ untuk set bersama air milo dan kentang goreng.


Mana lebih sedap? Entahlah. Tapi Sofea lebih suka makan kentang goreng McDonalds. Lebih garing daripada Burger King punya.

Sekejap sahaja ngadap, terus licin. Kenyangnya. Menu makan malam kami sebelum tengah malam tadi. Juadah berbuka simple sahaja, sebab nak makan burger malamnya.

p/s: lebih suka pada McDonalds... tapi tak boleh selalu makan fast food...