Sampul Duit Raya

Sampul Duit Raya

Bila dah nak hari raya, perkara paling utama ialah memasukkan duit raya ke dalam sampul raya. Selalunya Mia akan buat 2-3 hari sebelum balik kampung. Siap-siap masukkan duit dulu nanti bila dah balik kampung dah sibuk buat benda lain pula.

Setakat ini bekalan sampul duit raya sentiasa mencukupi setiap tahun. Bila berbelanja di pasaraya ke... pergi bank ke... tukar duit raya ke... tentulah dapat sampul duit raya. Ada juga yang tidak cukup sampul duit raya dan terpaksa buat sendiri guna kertas sampul hadiah (kreatifnya, sempat pula tu..) ataupun beli di kedai. Gambar kat atas tu, sampul duit raya yang Mia dapat dari pejabat. Boleh menambah koleksi sampul duit raya sedia ada.

Sampul duit raya selalunya Mia asingkan ikut RM1 sekeping, RM1 dua keping dan RM 5 sekeping. Siap buat label kat plastik sampul duit raya, takut tertukar nanti. Kalau buat kerja-kerja masukkan duit raya ke dalam sampul raya ini, selalunya buat pada waktu malam selepas Sofea tidur. Dapat buat dengan cepat dan tenang.

p/s: tidak suka buat persediaan last minute untuk duit raya...

Post a Comment

24 Comments

  1. Wah mia..cepatnya masukkan duit dalam sampul..kita baru tukar duit tu hari..tgok2 sampul pulak tak cukup.
    hehehe..betul tu tak suka buat persediaan last minit utk duit raya..harap2 dengan sedekah mia ini akan menambahkan rezeki yg ada yer.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lahh tak cukup ke? kat rumah mia n dah berlambak sampul duit raya.

      uikkk heheheh... budak2 memang suka dengan duit raya. time ni la nak bersedekah kat budak2. minta diorang tolong doakan...

      Delete
  2. wah dah siap2 dah ek..phat duit pun x tuka lagi sampul plak yang tahun lepas banyak lagi tapi entah mana pegi nya mlm ni cari lagi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah... kena cari tu phat. ada la tu terselit kat mana-mana... selamat mencari..

      Delete
  3. wah...dah siap msukkan dlm smpul nih..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah jom join ya mira... boleh lah tolong skit2..

      Delete
  4. kak mia, nak duit raya sekupang bole? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh... hehehe, kalau nak duit raya, meh datang beraya ke rumah kak mia.. ;)

      Delete
  5. x banyak dapat sampul tahun ni... nampaknya bagi tanpa sampul je lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga bagi tanpa sampul.. tapi mia seganlah takut orang nampak duit color apa....

      Delete
  6. wah, dah siap ea? pos sini satu..hehe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkkk hehehe.. tak yah pos2. meh datang rumah nanti kak mia bagi duit raya... ;) peace..

      Delete
  7. Replies
    1. uikkkk takde la sangat. cuma bila dah habis belajar, terasa macam banyak masa pula..

      Delete
  8. tahun ni sy xde sampul duit raya... susah pulak nak dapatkannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm... nampaknya terpaksalah buat sampul sendiri atau beli di kedai atau bagi duit raya tanpa sampul.. huhuhu...

      Delete
  9. hahaa..smala plak kak shida pun tadi baru kemas2 duit masuk lam sampul..mmndgkan duit shida tukar kat bank dah dpt kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo bagus2... duit kena tukar cepat kang nanti dah abis pula duit baru kat bank tu..

      Delete
  10. sy xsempat lagi nak mskkan dlm sampul.. huhu,.. wah cepatnya akak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk heheheh... jom masukkan duit ke dalam sampul raya.. hihihi

      Delete
  11. Replies
    1. uikkk... eca kena datang raya ke rumah kak mia la... baru leh dapat....

      Delete
  12. boleh kasi kat saya ke sampul duit raya ambank, hanya sekeping.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikk hehehe...kalau bagi sampul wajib ada isinya...

      Delete