image Khasiat Dan Kelebihan Asam Jawa - Mia Liana

Tuesday, 26 March 2013

# Health # Tips

Khasiat Dan Kelebihan Asam Jawa

Khasiat Dan Kelebihan Asam Jawa

Asam jawa (tamarindus indica) merupakan sebuah kultivar daerah tropis dan termasuk tumbuhan berbuah polong. Batang pohonnya yang cukup keras dapat tumbuh menjadi besar dan daunnya rindang.

Daun asam jawa bertangkai panjang, sekitar 17 cm dan bersirip genap. Bunganya berwarna kuning kemerah-merahan dan buah polongnya berwarna coklat dengan rasa khas asam. Di dalam buah polong selain terdapat kulit yang membungkus daging buah, juga terdapat biji berjumlah 2 – 5 yang berbentuk pipih dengan warna coklat agak kehitaman.

Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang. Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula.

Demam Panas
Bagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat .

Sakit Perut
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

Sakit Asma
Bagi yang sakit asma pula anda rebuslah dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian di ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.


Batuk / Perit Tekak
Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampukan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.


Luka / Bisul
Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.


Alergik
Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.


Bengkak Disengat Lipan atau Lebah
Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.

Maklumat di atas hanyalah untuk rawatan alternatif / sementara sahaja. Jika keadaan masih tidak reda juga, anda adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

SELAMAT MENCUBA!

sumber : emel

kadang kita tidak perasan, sebenarnya asam jawa ini banyak khasiatnya..

42 comments:

  1. tgh minum air asam jawa...batuk tak lega2 pon lg..huhu

    ReplyDelete
  2. Banyak khasiat asam jawa rupanya. Ada antaranya yang tak pernah akak tahu. Selama ini hanya gunakan utk legakan batuk dan sapu airnya di kepala jika anak2 demam.
    Terima kasih atas perkongsian ni Mia..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. sheila suka makan ni mentah2. hehehe

    ReplyDelete
  4. masa kecil selalu makan asam jawa..tapi sekarang ni dah tak boleh lagi..masam sangat..

    ReplyDelete
  5. info yang baik..banyak kegunaan..cuma air asam jawa saya tak lepas nak minom :)

    ReplyDelete
  6. teringat asam jawa yang manis tu... kat kelate ada...hehehe...

    ReplyDelete
  7. Nak suara sedap pun minum asam jawa..penah buat dulu..bajet2 suara sedap la..padahal..hampeh! haha

    ReplyDelete
  8. Banyak jugak khasiat asam jawa. Selama nie cuma guna untuk masak dan melegakan sakit tekak jek. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang lain2 pun boleh cuba nanti arol... kot2 emergency ke..

      Delete
  9. banyak rupanya khasiat asam jawa ni... yang demam dan batuk tu dah tahu... yang lain baru tahu...

    ReplyDelete
  10. biasa tahu yg untuk batuk tu je...boleh gunakan utk sengat lipan juga rupanya...nice info

    ReplyDelete
  11. selalu guna untuk hilangkan panas anak yg demam ..yang lain baru tau ari ni.tq kak

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum mia...betul la banyak khasiatnya...;)

    ReplyDelete
  13. boleh jugak buat jus untuk hidangan tengahari nie..^_^

    ReplyDelete
  14. Sedapnya..asam jawa ni ada yang manis..memang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat air asam jawa oun sedap ni aini... letak gula skit...

      Delete
  15. hehe, lisa selalu gunakan untuk cuci muka, memang berkesan ^__^

    ReplyDelete