Terharu Sungguh Dengan Penghargaan Daripada Mak Dara Dan Kisah Protege


Mia rasa cukup tersentuh dengan entri Mak Dara di SINI. Lebih-lebih lagi bila nampak gambar di bawah ini...


Sama-sama ya Mak Dara. Tahniah kerana dah berjaya berada di bawah ranking 500 Alexa Malaysia. Mak Dara adalah orang yang paling supportive dalam apa jua yang Mia cuba buat bagi menaikkan prestasi blog ini. Kami bertambah lebih rapat dan sekarang dah seperti adik-beradik.

Mia banyak lakukan try and error pada tahun lepas. Di kala Mia rasa macam tidak berjaya dan hampir putus asa, Mak Dara bagi sokongan dan kuatkan semangat Mia. Apa yang Mia tahu, Mia cuba juga di blog Mak Dara yang juga menggunakan platform blogspot seperti Mia. Jadi senanglah sedikit. Diakui memang Mak Dara terlalu sibuk dengan penulisan skripnya dan aktiviti untuk berblog yang agak terhad. Namun begitu, walaupun jauh di Kuala Lumpur, hubungan kami tetap mesra melalui blog, facebook, twitter dan instagram.

Hasil daripada try and error pada tahun lepas juga, Mia dapat simpulkan beberapa cara yang mudah untuk menaikkan ranking alexa bagi blogger personal yang menggunakan blogspot. Akhirnya membentuk satu cara komprehensif yang Mia aplikasikan pada blog Protege dalam masa singkat (bergantung kepada usaha dan kerajinan Protege, boleh jadi sebulan atau dua bulan). Alhamdulillah, blog Protege pun sekarang sudah berada di bawah ranking 500 Alexa Malaysia. Sedikit masa lagi, kedua-dua blog Mak Dara dan Protege akan berada di bawah ranking 100,000 Alexa. InsyaAllah, kalau dapat maintain aktiviti-aktriviti berblog secara rutin dan konsisten.

Mia pun tidaklah berapa mahir sangat tentang ini tetapi sentiasa usaha dan cuba untuk belajar mana yang termampu... Alhamdulillah, usaha keras selama ini membuahkan hasil.

mood syukur...

Post a Comment

61 Comments

  1. :) Walaupun jauh dimata tapi dekat di hati, di blog, di twitter, di fb, n di instagram kan kak mia.. :D

    ReplyDelete
  2. wah..tahniah kak..untung la ada kawan yang memahami dan supportive macam mak dara :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah,... waah nak berguru dengan kak mia jugak lah :)

    ReplyDelete
  4. mmg sis mia dh jadi mentor utk kitorg semua ni he3...

    ReplyDelete
  5. wah ada teknik rupanya...ni yg berminat ni... :)

    ReplyDelete
  6. wah.. tahniah untuk diorang berdua :)

    ReplyDelete
  7. Tahniah untuk Mak Dara & Mia..untungkan boleh support each other. so blog sama-sama famous ..tak rugikan..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum mia...tahniah2 mia n mak dara blogger yg mmg cun...:)

    ReplyDelete
  9. baiknya maka dara tu...nak juga terjah blog dia, but lama dah follow dia..

    ReplyDelete
  10. walau jauh tp dekat dgn ada kemudahan internet ^^ .... best ada kwn mcm nie

    ReplyDelete
  11. ada baca entry tue..MV pun masih jauh lagi..

    ReplyDelete
  12. Tahniah buat Mia dan Mak Dara!
    Orang berbudi dan berjada pasti diingat sentiasa Mia..

    ReplyDelete
  13. bestnya bila ada sifu. tunjuk ajarku sifu! hehehe

    ReplyDelete
  14. on9 friends becomes bestfriend ever...best kan kak mia?

    ReplyDelete
  15. Waduhhhhhhhhhhhhhh tenkiuuuu Miaaa for this sweetttttt entry.. terharu sgt2.. Yup Mia dah banyak membantu akk dan juga blog akak.. Masa akk buka blog ni mmg akak jangka akan dapat ramai kenalan dari kenalan blogger but never in my mind that i would find someone sooo closed closer than a friend that i can feels like a sister to me like you.. You and our friendship means a lot to me.. you are with me in my ups and down.. you always support me.. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhirnya In Sya Allah..

    ReplyDelete
  16. Saya naca pun terharu kak mia..hehe..tahniah. Seronok ada kawan alam maya yang rapat dan baik. Semoga terus berjaya buat Kak Mia dan juga Mak Dara.

    ReplyDelete
  17. tahniah akak!! bleh jadik idola deno nih!^^

    ReplyDelete
  18. Wah.. Apakah teknik tu? Hehe.. Tapi saya pengguna wordpress

    ReplyDelete
  19. you are awesome...semoga ikatan berblog dapat mencurakan tunjuk ajar kepada bloggers baru...

    ReplyDelete
  20. taniah kak mia, semoga semakin maju lagi dalam dunia berblog ni yer ^__^

    ReplyDelete