Monday Blues...

Malam tadi balik rumah dari kampung, Lebuhraya Utara-Selatan agak sesak sampai jalan pun 60km/j. Punyalah stres Suami Mia. Sekejap-sekejap terpaksa brek. Sebenarnya tiada apa-apa pun cuma sikap pemandu yang suka ke kiri dan ke kanan mengakibatkan keadaan sesak dari Sedenak sehingga Senai. Kenderaan berat (lori yang bawa muatan besar) pun banyak.

Disebabkan sampai rumah pun dah agak keletihan (hampir tengah malam), pagi Isnin ini nak pergi kerja pun agak liat sedikit. Monday blues... Digagahi juga pergi kerja dengan mood yang terpaksa. Mula-mula nak ambil cuti, tapi dibatalkan hasrat mana tahu kot-kot ada urgent di pejabat. Hari ini juga ada mesyuarat, nasib bos ada. Kalau tidak, terpaksalah Mia gantikannya.

Berjangkit pula penyakit Monday Blues kat Mia hari ini. Kena ceriakan diri. Happy as can be...

tangani stres Monday Blues dengan bijaksana...