Berita Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Kerajaan 11 Mac 2013


Berita Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Kerajaan 11 Mac 2013

Mia adalah salah seorang daripada 1.4 juta penjawat awam atau kakitangan kerajaan yang amat menantikan suatu pembaharuan dalam skim gaji perkhidmatan. Kecoh kat pejabat hari ini tentang berita kenaikan gaji ini. Masing-masing terlalu excited nak tahu.

Pengumuman berita baik telah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke 13 yang merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST).

Apa-apa pun Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan CUEPACS yang prihatin dengan kakitangan awam seperti kami. Semoga berita ini dapat dimanfaatkan bersama.

Antara intipati berita baik yang disampaikan :

- Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;

- 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;

- Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;

- Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;

- Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

-  Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

- Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

- Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

- Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;


Sumber : Sinar Harian Online

syukur alhamdulillah.... tidak sabar rasanya nak tunggu pekeliling yang baru diwartakan...

Post a Comment

85 Comments

  1. wah taniah kak mia ;) goodluck untuk kerja jugak yer , heheh

    ReplyDelete
  2. tahniah k.mia.,..masyukkk lagi..:)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... tahniah kak mia.. rezeki melimpah ruah :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak. Saya ni private sector, tapi susah benor nk naik gaji lebih.... Menanti lagi....

    http://hudamj.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. untungnya dia....rezeki melimpah ruah...

    ReplyDelete
  6. Yang kakitangan swasta belum ada.., hehe bagi yang cari makan kedai sendiri harap komisyen je :D

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..walaupun masih tak clear dengan kenaikan ni semua..tapi saya berharap mampu beri kesan positif kepada penjawat awam

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah ainim... tak lama lagi akan keluarlah pekeliling tentang ni.. tunggu dan lihat saja nanti..

      Delete
  8. untuglah kakitangan kerajaan..rezeki tu kak..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..moga kakitangan awam terus bekerja keras, maju dan sentiasa berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin... terima kasih aini. begitulah hendaknya...

      Delete
  10. Alhamdulillah..murah rezeki..xsabar plak nk keja neh...hehee

    ReplyDelete
  11. Wahh,untunglah..rezeki penjawat awam..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  12. syukurlah alhamdulilah . walaupun tak dijanjikan ada juga rezeki .... terima kasih kepada kerajaan.. terima kasih banyak-banyak..alhamdulilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah..berkat kesabaran akhirnya dimakbulkan juga... we love u NAJIB..thank you

      Delete
    2. terima kasih ya sudi singgah blog ini. semoga maju jaya...

      Delete
  13. Assalamualaikum. alhamdullilah rezeki kan. sheila nk minta tolong kak mia, mesra seo tu camne ek? ada tutorial tak daripada blog kak mia ni?? Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sheila... kak mia takde buat tutorial tentang ni. sheila cuba google nanti. banyak blogger dah buat entri tentang mesra seo...

      Delete
  14. alhamdulillah..isteri penjawat awam terkena la tempiasnye...hehe

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah....makin nak pru13, makin naik naikk gaji..ahha

    ReplyDelete
  16. tahniah kak mia..dan tahniah juga kepada semua kakitangan kerajaan ^_^

    ReplyDelete
  17. tahniah kak Mia.. ss swasta. tak dapat apa-apa.. huhu

    ReplyDelete
  18. murah rezeki org gamen ni...tahniah semua kakitangan awam..bersyukurlah

    ReplyDelete
  19. wahhh untungnyaa sape yg kje gov ni.. tahniah! hehe

    ReplyDelete
  20. kumpulan pelaksana jer

    ReplyDelete
  21. wah utglah...tahniah kpd semua kakitangan awam...

    ReplyDelete
  22. salam cik shida =)

    adui..untungla kktgn awm kan..kiter ni bila leh dpt..huuu

    ReplyDelete
  23. kakitangan awam kena lebihkan intergriti dalam berkhidmat seiring dengan kenaikan gaji yang diberikan oleh kerajaan.....

    ReplyDelete
  24. tolong bagi carta sst ni

    ReplyDelete
  25. tolong bagi tau gred mana dapat k

    ReplyDelete
  26. Wah untunglah kakitangan kerajaan...Alhamdullilah.

    ReplyDelete
  27. mengharapkan pekerja kontrak 6 bulan yang telah berkhidmat selama hampir 3 tahun diberi peluang menjadi pekerja tetap.

    ReplyDelete
  28. Wah seronoklah penjawat awam ye...

    ReplyDelete
  29. reziki untuk penjawat awam...mcm nad x de langsung

    ReplyDelete