Inilah aktiviti Mia setiap hari. Rutin harian. Akan buat carian Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat F41 2013 di mana-mana. Tanpa jemu. Sejak tamat pengajian Bachelor of Information Technology di Open University Malaysia (OUM) tahun lepas, memang setiap hari Mia setia mencari dan terus mencari memandangkan di tempat kerja Mia tiada peluang kenaikan pangkat ke gred F41 yang setaraf dengan kelayakan Mia.

Kalau terjumpa, cepat-cepat terus isi permohonan secara online. Sehingga kini, belum dapat lagi panggilan temuduga. Menanti dengan penuh harapan.

Kalau boleh, nak naik pangkat biarlah di kawasan selatan semenanjung. Tidaklah jauh sangat dari Johor. Kalau dapat di Johor Bahru alangkah bestnya. SPAJ pun belum ada lagi. Tunggu iklan jawatan kosong seterusnya...

doakan Mia ya...