Segmen Teknik Copy Paste Jadi Inspirasi Pada Blogger Lain


Segmen Teknik Copy Paste Jadi Inspirasi Pada Blogger Lain

Mia rasa gembira sebab dapat cetuskan inovasi baru dalam bersegmen dengan menggunakan teknik copy paste. Ternyata ramai blogger senang nak join segmen dan juga tidak sampai 1 minit, entri penyertaan telah pun siap.

Bertambah terharu apabila ada beberapa blogger seperti Eraz Fadli, FarahNabeelCik Kumbang dan DJH turut buat teknik yang sama dan kreditkan kepada Mia. Terima kasih ya... Kalau ada blogger-blogger lain yang nak buat segmen dengan teknik copy paste, beritahu Mia ya, mana tahu Mia boleh join sekali untuk support.

Idea ini tercetus ketika ingin buat segmen bloglist tempohari yang berlangsung dalam tempoh 12 jam.

Kelebihan teknik copy paste :
  1. Jimat masa
  2. Senang dan mudah
  3. Tiada kesilapan dalam entri penyertaan
  4. Mesej dapat disampaikan dengan jelas kerana coding telah disediakan
  5. Dapat menarik ramai orang untuk join
  6. Entri penyertaan yang standard - sama untuk semua peserta segmen
Ada juga blogger yang minta Mia buatkan tutorial untuk buat kotak bagi coding segmen seperti yang Mia buat. Senang, sekali klik kat dalam kotak terus secara automatik akan highlight semua coding di dalamnya. Mia akan buat tutorial khas tentang ini nanti. Jangan risau..

senyum lebar sampai letih urat pipi....

Entri berkaitan :
Tutorial Cara-Cara Nak Buat Segmen Copy Paste

Post a Comment

73 Comments

  1. Baru publish segmen baru,thank you so much sis mia liana :)

    ReplyDelete
  2. memang senang dan mudah.. copy&paste je ^^

    ReplyDelete
  3. Sememangnya Mia jadi inspirasi buat ramai blogger lain. Tahniah ye Mia..

    ReplyDelete
  4. baru tahu Mia...tolong ler buat tip-tip blog nie...hu hu hu...

    ReplyDelete
  5. nak cuba juga... tunggu masa yang sesuai
    sekarang busy sangat... tq mia

    ReplyDelete
  6. tu lah ramai yg buat cm kak mia bt...terbaik! mmg senang:)

    ReplyDelete
  7. segmen mcm tu mudah nak buat kan kak mia :)

    ReplyDelete
  8. Nak tengok tutorial tu nanti yerrr heeee =DDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok irdina... harap sabar menunggu entri tutorial tu nanti..

      Delete
  9. Replies
    1. ok.. sabarya dear... dalam planning sehari dua ni... ;)

      Delete
  10. Mula2 nak buat yang auto mark all tu. Tapi sakit hati bila asyik tak menjadi. Malah entry jadi double pulak. Alang2 buat macam biasa je. Hehehe. Wah best jugak kalau akak nak buat tuto, so senang lepas ni takyah pening2 kepala dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai nabeel buat... kak mia respect blogger mida macam nabeel. takpe nanti kak mia ajar juga yang tu..

      Delete
  11. mmg senanhg da edit html yg da sedia tuk join segmen ..

    ReplyDelete
  12. Teknik yang sungguh memudahkan sehingga buat pertama kalinya saya berminat untuk menyertai sesebuah segmen. Tahniah! Idea yang sungguh kreatif.
    Dgn adanya tutorial nanti, bertambahlah amal jariah Mia.
    Semoga Mia terus sukses...

    ReplyDelete
  13. memudahkan peserta untuk join... tak adalah yang tertinggal link or terlupa nak masukkan link...
    thumbs up untuk kak mia!! (y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp betul... kak mia ni kan teliti skit orangnya.... hehehe thanks ruha..

      Delete
  14. Betul2.. mudah dan senang pada sesiapa yang nak join, tak perlu nak taip satu2. Menjimatkan masa pun ea juga. Tahniah kak mia.. kak mia memang kreatif :)

    ReplyDelete
  15. betul tu kak mia, memang jimatkan masa dan bestt.heee :D

    ReplyDelete
  16. betul tu...dah jadi fenomena dah stail copy paste entri penyertaan ni...diharap semua penganjur segmen buat camni la lps ni...sng sikit...hehe

    ReplyDelete
  17. Sangat2 betul kak mia. Memang senang. Bagus Kak Mia beri teknik yang memudahkan semua blogger untuk join segmen. Nanti saya pun nak buat jugalah. Terima kasih kak mia. ^____^

    ReplyDelete
  18. bagus juga ni ye.. saya ingat nak jalankan nanti lah..hehehe

    ReplyDelete
  19. Saya gunakan HTML setiap kali nak mulakan new entry, sebab nak standardkan setiap entri termasuk ‘icon@signature’. Saja suka-suka. Semua HTML default ini saya set di setting, so ianya akan tertera sama setiap kali.

    ReplyDelete
  20. yeay... you rawk sis... ^_^...terima kasih kerana telah mencetuskan idea yang sangat berguna ni kak mia... memudahkan semua blogger2 yang sememangnya menghadapi kekangan masa untuk join dan juga memudahkan blogger2 lain juga...

    kalau dulu segmen mengambil masa sedikit untuk dibuat entri... kini tidak lagi... he he he...tagline sikit...dengan coding HTML semuanya menjadi sepantas sesaat... :P

    ReplyDelete
  21. mmg best join segmen yg macm ni..tak payah nak fikir2 ayat apa nak guna

    ReplyDelete
  22. Jika semua buat segmen dgn teknik macam ni dah tentu mendapat sambutan hangat..

    P/s: Tak sabar tunggu tutorial drp Mia

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya kak salmi... memang mia nak buat dalam masa terdekat ni..

      Delete
  23. sebenrnya teknik akak ni mudah.. kesilapan pun dapat dielakkan... cayalah kakmia.. idea kakmia menjadi inspirasi pada blogger! :)

    ReplyDelete
  24. Copy paste memang mempercepatkan waktu! mudah! hehe

    ReplyDelete
  25. kak mia..cam mana nak letak koding tu dalam kotak kecil tu.hihi..cik akak tak reti lagi lah kak mia :)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tutorialnya di sini http://www.mialiana.com/2013/03/tutorial-cara-cara-nak-buat-segmen-copy.html

      Delete