image Bebelan Di Tengah Malam (4) - Mia Liana

Saturday, 2 March 2013

# From Me

Bebelan Di Tengah Malam (4)


Bebelan Di Tengah Malam (4)

Entahlah mengapa jari-jemari Mia ni rajin pula nak menaip untuk entri tengah malam. Sebenarnya dah awal pagi ni. Tak kira nak tajuk entri ni tengah malam juga.

Alhamdulillah, sambutan untuk aktiviti Carta Pengkomen Tegar amat menggalakkan dan Mia rasa syukur sangat dapat rakan-rakan blogger yang begitu mesra walaupun blog ini tidaklah sehebat blogger-blogger famous yang lain. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi komen di entri-entri Mia.

Mia ada juga merancang beberapa aktiviti blog bulan Mac ini, kalau ada sesiapa nak beri cadangan amatlah dialu-alukan. Tiadalah Mia ini syok sendiri berblog. Tidak kisahlah. Tutorial ke... segmen ke.. tips ke... kuiz ke.. Mia akan cuba mana yang termampu. Kadang kita tidak tahu apa yang orang nak, melainkan kita kena tanya sendiri, betul tak?

Ada satu lagi aktiviti yang belum selesai. Segmen banner gift terbantut sedikit memandangkan notebook Mia masih lagi di kedai komputer. Belum siap lagi. Selalunya bila design dengan notebook tu, akan mudah ada idea. Laju sahaja bila buat design. Tinggal 3 banner lagi yang harus disiapkan. Rindunya kat notebook kesayangan tu. Buat sementara ini Mia pinjam notebook lain.

Komuniti mialiana.com pun dah semakin meriah sekarang ini. Alhamdulillah dengan jumlah follower yang semakin meningkat secara perlahan sama ada melalui blog, google+ dan fanpage. Seronoknya dah tambah ramai kenalan blogger, baik yang baru mahupun yang lama.

Mentang-mentang esok tidak kerja, dah namanya kerja kerajaan, malam ini mata elok pula tidak mengantuk. Hujung minggu datang lagi dan masa untuk keluarga...

sambil-sambil tengok televisyen TV2 cerita Rocky ni....

41 comments:

  1. Hehe..kak mia tak tidur lagi rupanya. Aktiviti apa ye yang best..kenapa fikir dulu ni. Ohh..masih tak okay lagi ye laptop kak mia. Kalau saya tak laptop ni, asyik gelisah je, rindu..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah...huhuhu rindu sangat2 ni kat laptop yang rosak tu... ganti spare part tu yang tak siap2 lagi...

      Delete
  2. Kita senasib la kak Mia.. pinjam notebook orang lain.. rindu kat laptop sendiri, dah nak masuk 5 bulan rosak.. apapun entry yang kak Mia nak buat utk bulan Mac ni, iha tak kisah.. :)

    ReplyDelete
  3. salam singgah, saya pun tak boleh tidur sekarang... buat entri baru. studioous.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. eh eh , kak mia tak tidur lagi?! Hehe sep sikit. Semakin seronok rasanya bila masuk ke blog kak mia, teringin jugak nak ada idea update setiap hari,huhu...semoga terus berjaya yer kak mia

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih lah lisa... selalu bertandang ke sini.. luv u...

      Delete
  5. wah apa2 pun segmen yg bakal dianjurkan sy akan cuba menyelit nanti...hihi

    PS: rocky.... klasik tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakal menyusul minggu depan... kalau tiada apa aral yang melintang..

      Delete
  6. Best nye esok cuti... Eraz kerja.. Huhu..

    ReplyDelete
  7. Selamat berhujung minggu kak mia, insyaAllah kalau berkesempatan baby akan join segmen2 kak mia ni. Blog kak mia best! :)

    ReplyDelete
  8. selamat bersantai-santai kak mia. =')

    ReplyDelete
  9. all the best kak mia... semoga semuanya teratur nanti......

    ReplyDelete
  10. Cuti hujung minggu ni boleh rehat2 kat rumah dengan keluarga ;)

    ReplyDelete
  11. ada aktiviti mac ?? wahh xsabar nak join.. hehe :D

    ReplyDelete
  12. aktiviti mac?? tak tahu nak cadang apa... :D

    ReplyDelete
  13. Moga akak tidak akan ketinggalan lagi dlm mana2 segmen yang akan Mia anjurkan..

    ReplyDelete
  14. makin maju blog akak sekarang ye.. keep it up.. nak masukkan dalam bloglist saya lah blog akak nie. dalam bloglist 'Blogger Sempoi'

    ReplyDelete
  15. kak mia baik hati, peramah semua org suka tau..shida pon suka..syg kak mia ^_^

    ReplyDelete
  16. buatlah perjumpaan antara blogger ..mesti best!kalau masin2 free

    ReplyDelete
  17. cerita rocky ni best...MV tengok dr yg no.1..

    ReplyDelete