ASB Kanak-Kanak Untuk Sofea

Tahun 2013 ini memang Mia dan Suami nak buatkan buku ASB untuk Sofea. Tempohari selepas update buku pelaburan kami berdua, terus kami buat sekali untuk Sofea bagi Akaun Remaja 'Ting'. Dokumen yang diperlukan ialah dokumen asal Surat Beranak Sofea dan MyKad Penjaga. Kami buat di Maybank. 

Perlu terlebih dahulu mengisi borang Akaun Remaja yang berwarna pink. Had umur bagi membuka akaun ini ialah 6 bulan hingga 18 tahun. Lepas 18 tahun secara automatik akan dipindahkan menjadi Akaun Dewasa. Pengagihan dividen ASB bagi Akaun Remaja adalah sama seperti Akaun Dewasa. 

Paling sedikit pelaburan ialah 10 unit bersamaan RM 10.00 sahaja. Buat permulaan ini, kami masukkan RM 100.00 dahulu nanti akan ditambah di masa akan datang. InsyaAllah...



p/s: lepas ni, bolehlah Sofea menabung untuk masa depan....