image Mockup Video Dah Siap Dan Kisah Di Sebalik Tabir - Mia Liana

Sunday, 27 January 2013

# Work Matters

Mockup Video Dah Siap Dan Kisah Di Sebalik Tabir

Mockup Video Dah Siap Dan Kisah Di Sebalik Tabir

Leganya, dari petang semalam sampailah malam tadi pukul 10.30 malam barulah siap mockup video yang Mia kena buat. Sebenarnya konon nak buat petang Jumaat itu juga, tapi nak kena siapkan kad jemputan untuk pengarah-pengarah bahagian dan kemudian edarkan sekali.

Sebelum pulang pula Mia betulkan balik perubahan pada buku program sebab ada nak tukar design sedikit di muka hadapan mengikut kehendak Pengarah Negeri Sarawak.

Sabtu pagi Suami Mia tolong installkan balik Sony Vegas Pro dan alhamdulillah aplikasi tersebut dapat berfungsi sepenuhnya.

Sebelah petangnya barulah Mia mulakan operasi buat mockup video sambil-sambil buat kerja rumah. Memang lah kalau nak buat mockup video nampak macam senang. Sebenarnya leceh dan kena buat dengan tenang. Mula-mula kena buat storyboard dulu. Lepas ini apa pula yang keluar, ikut turutan.

Storyboard :
  1. Mula - intro running number 10 hingga 1
  2. Paparan tajuk
  3. Logo LPNM
  4. LPNM Sarawak
  5. Logo Syngenta Crop Protection
  6. Syngenta Crop Protection
  7. Objektif
  8. Keterangan Objektif
  9. Ruang Kerjasama MoU
  10. Butiran Ruang Kerjasama MoU
  11. Gambar
  12. Paparan gambar-gambar yang terpilih
  13. Penutup - terima kasih
Kemudian pemilihan lagu background yang bersesuaian.

Lagu background yang Mia rasa sesuai sangat : 
  1. Final Fantasy Advent Children - Battle In The Forgotten City
Aplikasi yang digunakan :
  1. Sony Vegas Pro 10
  2. Sound Forge 7.0
  3. Adobe Photoshop CS3

klik pada gambar untuk besarkan

Selepas itu, mulalah Mia buat video track dan susun elemen-elemen storyboard sambil masukkan effect transition.

klik pada gambar untuk besarkan

Setelah siap semuanya. Barulah Mia kira berapa lama masa video ini dan buat suntingan lagu background menggunakan Sound Forge supaya ngam-ngam lagu habis bila mockup video pun habis bergerak. Mia masukkan lagu background di audio track.

Akhirnya siap juga malam tadi, dengan 3 kali rendering process untuk penambahbaikan . Lepas dah render baru perasan ada kesilapan ejaan lah, susunan objek tidak center, perkataan terkeluar dari paparan dan macam-macam lagi.

Satu process rendering mengambil masa hampir 20 minit. Mia tukarkan ke bentuk .wmv

Mockup Video
- length : 1 minit 52 saat
- size : 37.8 MB

Bila dah siap, Mia terus upload mockup video ini ke dalam box.net supaya staf di LPNM Sarawak boleh download. Mia hanya buat kerja di belakang tabir sahaja.

 Terus tersenyum Mia. Lega betul rasanya bila dapat siapkan mockup video ini di rumah walaupun terpaksa guna hari Sabtu untuk buat kerja. 

32 comments:

  1. Tahniah sebab berjaya siapakan , bukan senag nak buat video . hmmm , apapun well done :)

    ReplyDelete
  2. waaaahhhh... hebat yea mia buat video..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk hehehe sekali sekala je ni bila ada event penting... huhuh

      Delete
  3. Tahniah Mia! Akhirnya berjaya juga Mia sempurnakan mockup video tu. Sudah tentu puas hati apabila dapat buatkan yang terbaikkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya kak salmi.. tu je la yang mia termampu nak buat dalam masa singkat ni...

      Delete
  4. WAA!!!TAHNIAH!!saya minat juga bidang2 ni..wish can learn from u.....tapi yang ni pun dah kira cam tutorial.....thanks!...Mia boleh ajar guna swish max?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq neesa... lebih kurang macam ni lah kalau nak wat video. swish max pun boleh juga. kak mia dah lama tak pakai swish tu... huhuhu

      Delete
  5. wahh, panday nye buat vdeo..huhu
    jom ke blog hanna.. http://farhanabiella.blogspot.com/2013/01/what-was-your-first-impression-of-me-erk.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada la skit2 hanna... tq ya, kak mia dah terjah hanna balik...

      Delete
  6. wah hebatnya kak...lyeen buat tigasa guna movie maker pun mak aihh..sampai nk menangis nak buat..ni kn lg nk guna yg canggih2...kena study ni...akk..buat la tuto mcmna nk buat vdeo yg menarik..boleh membantu student mcm lyeen ni.hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mia kurang minat guna movie maker tu. lebih suka guna vegas ni. kalau nak tuto, hmmm kak mia tak reti sangat nak ajar camne melalui blog.. huhuhu..

      Delete
  7. assalamualaikum mia...siap juga akhirnya walaupun kena berkorban masa sedikitkan...;)

    ReplyDelete
  8. xpela kak mia guna msa cuti pon jnji bnde penting siap kan :)

    ReplyDelete
  9. wahh..terernya guna sony vegas pro. hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak delah sangat... sekali sekala bila perlu baru guna ni...

      Delete
  10. He..he... ni yg malas ni Mia.... blur sokmo

    ReplyDelete
  11. kreatif dan ada ilmu ...elok sangat dipraktikkan...remy memang tak pandai.....

    ReplyDelete
  12. Tiga (3) software kat atas tu bukan mudah untuk menggunakannya. Kena pergi kursus dulu baru boleh guna.

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah... siap juga akhirnya... ^_^

    ReplyDelete