image Kisah Masa Newbie : Letak Banyak Widget Di Side Bar Blog - Mia Liana

Monday, 7 January 2013

# Blog Matters # Tips

Kisah Masa Newbie : Letak Banyak Widget Di Side Bar Blog


Kisah Masa Newbie : Letak Banyak Widget Di Side Bar Blog

Bila teringat masa mula-mula buat blog ini, masa itu kalau pergi blog orang lain, letak widget baru ataupun yang menarik di side bar blog, cepat-cepat pergi letak atau pasang terus kat blog sendiri juga. Mentang-mentang masa itu layout blog guna 3 column. Maka banyaklah widget yang diletaknya. Tamak betul. Kalau boleh semua benda nak diletaknya di laman utama blog. Syok sendiri..

Masih ingat lagi, antara widget yang Mia letak ialah Live Traffic Feed, Shoutbox, Google Friend Connect, Mister Linky's Magical Widgets, Popular Posts, Profile, Recent Comments, Google Translate, Date/Clock dan Image. Ditambah pula dengan ruang sewa iklan lagi. Blog memanglah berat. 

Masa itu, kawan blogger pun tidaklah ramai. Sendiri belajar perlahan-perlahan sambil baca blog-blog yang dah famous dan berjaya. Lama-lama kelamaan barulah tahu, tidak semua widget boleh berada di blog. Pengunjung boleh rimas dan tidak selesa. Nak baca entri pun tidak senang. Sebab itu Mister Linky's Magical Widgets, Mia telah asingkan ke page lain di SINI. Widget Profile dan Image (paparan gambar kisah kejayaan) dimasukkan ke page About Me. Widget Top Commentators pula Mia pindahkan ke Carta Pengkomen Tegar. Layout blog juga telah bertukar kepada 2 column.

Sekarang ini hanya widget-widget yang penting sahaja yang kekal di side bar blog. Itupun kalau ada yang tidak perlu, akan dibuang juga kelak. Tapi buat masa sekarang, ini sahaja yang perlu. Widget shoutbox masih lagi dikekalkan, sebab kalau tak ada terasa tidak meriah pula blog ini. Kalau blogger yang suka blogwalking, tentu blognya ada shoutbox, betul tak?

Secara ringkasnya, blog menjadi ringan, simple dan kemas serta tidak serabut bila tidak letak banyak widget. Biar sedap mata memandang... Mood pengunjung juga pun harus dijaga supaya akan berkunjung lagi ke sini.

p/s: dulu tak tahu.. sekarang dah tahu...

77 comments:

  1. HEHEHE .. BETOL3 .. DLU .. PNTANG TGOK WIDGET CNTIK .. MULE LA ..

    ReplyDelete
  2. hahaha..same la tapi paly buat xlame sb terasa loading page tu slow skit

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib paly cepat sedar.. mia pula tak sedar2 dah bertahun baru sedar... heheheh

      Delete
  3. hehe..samalah kak mia..jam, ikan, kalendar, semua nak taruk..padahal dah ada dekat laptop masing2.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak mia, template kak mia simple dan tak menyemakkan mata. suka singgah sini :)

    ReplyDelete
  5. saya pun sedang belajar..kalau boleh mau yg ringkas saja

    ReplyDelete
  6. zaman widget susah berlalu, buat berat blog je

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/masalah-penyusuan-susu-ibu-bayi-tak.html

    ReplyDelete
  7. Salam kenal..dah folo..
    em dulu rajin letak mcm2 skg dh kurgkan..yg pntg saje..

    ReplyDelete
  8. rietta pown xletak banyak widget....sendiri rimas...cuma letak mana yang rietta berkenan jew....

    ReplyDelete
  9. Mine macam tu je rasa , mana yg xde tu sebab rase semak N memberatkan blog.

    ReplyDelete
  10. terlalu banyak widget pun sebenarnya memberatkan blog je..

    ReplyDelete
  11. miza pun pernah ada dalam situasi yang sama.
    segala macam jenis widget semuanya nak letak.
    mujur welcome note tu tak berminat nak letak.
    hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasaan ni memang semua blogger baru akan rasa... heheh

      Delete
  12. first time buka blog ni mmg sangat excited..kalau boleh semua nak add gedjet..pantang nampak yang comey lotey..hehehe..lama-lama blog lebih berat dari batu lesung..kesian follower..ini pglaman saya sendiri..kihkihkih..

    ReplyDelete
  13. Betul..dulu segala macam letak..jam la. Floating hearts la..

    ReplyDelete
  14. betul tu mia, semua nak buh, tp cam kata mia lagi kemas kalau blog kita tu simple...letak yg penting saja

    ReplyDelete
  15. Bro sendiri pun x tahu nak letak apa dekat sidebar sekarang nie.

    Tetapi kena optimize penggunaan Sidebar sebaik mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiii macam2 leh letak bro. bagi je kat kak mia, abis penuh dikerjakan nanti.. hehehe

      Delete
  16. Hehehee . Umie buang shoutbox . Private lue . Dahla busy dengan skola . Nanti takde masa lak nak bloggwalking :D

    ReplyDelete
  17. blog QF pun berat..maklum lah..QF ni pantang tengok widget-2 yang comel..semua nak sumbat kat dalam blog..hahahaha..

    ReplyDelete
  18. Ha..ha... macam terasa-rasa je Mia...he..he..

    ReplyDelete
  19. terasa mcm nak hempas kepala kt dinding je ingt mula2 berblog dulu....hahaha..childish kan kak mia.semua wdgt nak letak.....how's time flies and makes me a woman with blog.eh?!

    ReplyDelete
  20. ada sesetengah widget ti nak dibuang syg..nak disimpan rasa menyemak plak...ku di dlm dilema..

    ReplyDelete
  21. Cheqkaq pon baru je dgn dunia blog ni..memang tengah dalam situasi kak mia laa ni..asyik nk tambah widget jer..hehehe..berat ek?k la..nk buang laa ape yg tak patut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. jangan berat sangat. bubuh mana yang patut je..

      Delete
  22. hehehe.. sy msh newbie, slo2 blajar dr blogger otai mcm akak dll .. tQ semuaa sudi berkongsii :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 mar.. kak mia cuma kongsikan pengalaman kak mia dulu2... hehehe..

      Delete
  23. Macam akak la tu. Semua benda nak letak. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu memang banyak widget kat blog kak salmi tu. sekarang mia tengok dah ringan dan simple. tahniah ya kak..

      Delete
  24. Yeahh! Simple is better :) Blog pun tak lambat loading. Kan?

    ReplyDelete
  25. hehe sokong ! Dulu first mula2 buat blog tu ,mak aiii entah pape haje widget kat blog . Semuanya sumbat kat blog, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sa mic.. selagi boleh sumbat kita sumbat ajelah... hehhee

      Delete
  26. dulu2 masa zaman baru2 lagi mmg semua benda nak letak. eksaited lah katakan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... maklumlah kalau boleh semua nak dipasangnya..

      Delete
  27. nice info ni Pn. Mia....nanti nak tgk mana patut boleh buang...huhu

    ReplyDelete
  28. ooo patut lah...blog saya ni tak tau la, ringan ke berat..huhu

    ReplyDelete
  29. dulu shida pun mcm tu heheee :)
    dari msa kesemasa improved kan...

    ReplyDelete
  30. apa kata akak letak lagu, bila bukak je mialiana.com keluar lagu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk heheh akak tak berapa minat letak lagu kat blog ni. dari dulu lagi memang tak letak lagu. terima kasih atas cadangannya..

      Delete
  31. pnah jgak cmtu dulu.. pastu msuk 2nd year sy mula remove satu per satu, huh...

    ReplyDelete
  32. dulu pun sy letak banyak gak widget...
    jam, ikan,
    memang beratlah blog... sekarang dah kurangkan..

    ReplyDelete
  33. Hehe.. Teringat pulak masa cikla baru2 berblog. Mcm2 widget diletak. Skng ni letak yg penting2 je. Btw good sharing sis..

    ReplyDelete