Basikal Baru Yang Ke 2 Untuk Sofea


Basikal Baru Yang Ke 2 Untuk Sofea

Wahhh.. sukanya Sofea apabila Mia, Suami Mia dan Ayah Mia bawa Sofea ke kedai basikal di Batu Pahat pada sebelah petang hari Khamis lepas, semasa cuti umum Maulidur Rasul. Apa tidaknya dah hampir sebulan Sofea berhajat nakkan basikal baru. Basikal lamanya (basikal yang pertama) itu, rasanya sudah tidak sesuai lagi dengan umur Sofea sekarang, 4 tahun.

Lagilah bertambah susah hati bila rakan-rakan setadika ada yang bercerita tentang basikal baru mereka. Sofea pun nak satu jugalah. Bila Skype, asyik nak basikal memanjang sahaja. 

Agak lama juga nak pilih basikal yang kami rasa paling selamat untuk Sofea. Siap belek satu persatu basikal-basikal ini.






Akhirnya, basikal yang berwarna pink Yellow Corn buatan Jepun ini menjadi pilihan kami. Nampak mantap dan ada penutup rantai basikal. Siap dengan sarung tangan dan pad untuk siku dan lutut bagi ciri-ciri keselamatan. 

Sayang sangat kat Sofea. Kalau boleh memang nakkan yang terbaik untuk dia...



 Malam itu juga Mia dan Suami Mia balik ke Johor Bahru sebab hari Jumaat pula Mia kena siapkan kerja-kerja ad-hoc. Ikutkan hati nak cuti je, macam orang lain...

Post a Comment

46 Comments

  1. mesti dia suka...pink kaler lagi.....

    ReplyDelete
  2. Seronoknya Sofea dapat basikal baru..hehe..teringat zaman kanak2 dulu.

    ReplyDelete
  3. comey sofea..terbaek la ciap ada safety.acik iman yg naik mtr pon xd safety..bgs sofea..fuh no bertuah 2 no 16 heheh

    ReplyDelete
  4. Pink ...sesuai dengan adik comel kita tu..hehehehe

    ReplyDelete
  5. basikal nih baru ada ciri2 keselamatan ha.. penutup rantai ada , sarung tangan , pad utk siku dan lutut pun ada..

    ReplyDelete
  6. ada dua roda penyokong kt belakang... tak jatuh. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak belajar naik basikal ni... kalau dah pandai nanti akan dibuka dua roda penyokong tu..

      Delete
  7. memang selamat dan kukuh Ayah sofea siap test dulu tuh.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..kak mia blikan sofea basikal kat Batu Pahat ye..mesti si comel tu senyum je.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang senyum sokmo... sekarang ni, tiap2 petang naik basikal..

      Delete
  9. wahh seronoknya sofea dpt basikal baru hehee :)

    ReplyDelete
  10. mesti hari2 sofea nak main basikalkan..maklumla basikal baru

    ReplyDelete
  11. seronok la sofea ye...hehe apa2 pun safety first...:)

    ReplyDelete
  12. Tentu Sofea seronok bercerita pada kawan2 tentang basikal pinknya tu..

    ReplyDelete
  13. wahhh!! seronok sakan la dorang.. pesan kt sofea, kasi jatuh luka dlu baru pandai naik.. wakakka..

    www.longoi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh tak nak lah sampai luka.. nant sakit... huhuh

      Delete
  14. Amboih seronoknya sofea kita, dapat basikal baru tu, hehe

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. ni je yang paling cantik dan mantap antara yang lain..

      Delete
  16. Sonoknye dia...sesuai dengan kaler yang di pilih tu...:)

    ReplyDelete
  17. wah comelnya basikal sofea.. wrna pink..

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum mia...wah !! cantik nyer basikal baru sofea tu pink color la...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama...haah memang dia suka pink sama kaler dengan bajunya tu..

      Delete
  19. yeay! dapat basikal baru... cantik, warna pink... :)

    sofea, jom berbasikal sesama petang ni? :D

    ReplyDelete
  20. Cantiknya basikal Sofea... Kalau okje jadi Sofea pun okje suka ni..hehe...

    ReplyDelete
  21. wahh, dapat basikal baru ^^

    mmg patut pilih yg ada ciri2 keselamatan.. terutama skali yg ada penutup rantai tu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang itu yang paling utama caliph... takut terkena kaki boleh luka nanti...

      Delete