Basikal Baru Yang Ke 2 Untuk Sofea

Wahhh.. sukanya Sofea apabila Mia, Suami Mia dan Ayah Mia bawa Sofea ke kedai basikal di Batu Pahat pada sebelah petang hari Khamis lepas, semasa cuti umum Maulidur Rasul. Apa tidaknya dah hampir sebulan Sofea berhajat nakkan basikal baru. Basikal lamanya (basikal yang pertama) itu, rasanya sudah tidak sesuai lagi dengan umur Sofea sekarang, 4 tahun.

Lagilah bertambah susah hati bila rakan-rakan setadika ada yang bercerita tentang basikal baru mereka. Sofea pun nak satu jugalah. Bila Skype, asyik nak basikal memanjang sahaja. 

Agak lama juga nak pilih basikal yang kami rasa paling selamat untuk Sofea. Siap belek satu persatu basikal-basikal ini.






Akhirnya, basikal yang berwarna pink Yellow Corn buatan Jepun ini menjadi pilihan kami. Nampak mantap dan ada penutup rantai basikal. Siap dengan sarung tangan dan pad untuk siku dan lutut bagi ciri-ciri keselamatan. 

Sayang sangat kat Sofea. Kalau boleh memang nakkan yang terbaik untuk dia...



 Malam itu juga Mia dan Suami Mia balik ke Johor Bahru sebab hari Jumaat pula Mia kena siapkan kerja-kerja ad-hoc. Ikutkan hati nak cuti je, macam orang lain...