Goreng Keropok

Kalau Mia goreng keropok, terus habis satu paket. Dapatlah disimpan untuk dua bekas tupperware. Nanti sambil duduk-duduk tengok televisyen bolehlah santai-santai makan keropok. Kadang sekejap sahaja dah habis, tak sampai pun satu hari lagi.

Memang sedap kalau dapat makan keropok. Tidak kisahlah apa-apa jenis keropok pun. Untunglah orang yang duduk kat tepi laut, boleh makan keropok segar setiap hari. Kita ini kalau nak makan keropok, kenalah beli kat kedai.

Snek ringan yang boleh dimakan bila-bila. Suami Mia dan Sofea memang suka makan keropok....





makan dengan nasi pun boleh... makan gitu saja pun boleh... makan dengan sos cili lagi boleh.....