Alhamdulillah, petang tadi Mia telah sampai dengan selamatnya di rumah Mak Dara. Seronoknya, dapat berborak puas-puas dan berkongsi pengalaman dan pandangan serta gossip. 

Selepas habis sahaja Latih Amal Sistem eIAT, Mia terus pergi ke Stesen LRT Putrajaya. Harga tiket ke KL Sentral ialah RM 9.50. Sampai sahaja di KL Sentral Mia terus interchange LRT ke untuk ke Stesyen Seri Rampai. Harga tiket berharga RM 2.30. Punyalah ramai sangat orang kat dalam LRT. Kebetulan orang ramai sedang balik kerja, memang sesak betul.

Di Stesen LRT Putrajaya.

Di KL Sentral. Ramai betul orang yang menunggu LRT.  

Dah sampai ke Stesyen LRT Seri Rampai

Mak Dara dan suaminya yang menjemput Mia di Stesyen LRT Seri Rampai. Terima kasih banyak-banyak ya Mak Dara kerana sudi benarkan Mia bermalam di sini dan meroyan sama-sama dengan Mia malam nanti. (^_^) peace...

p/s: seronoknya bila jumpa rakan blogger yang serasi dengan kita...