Tahniah diucapkan kepada Ieyzartd Syahieyr kerana terpilih memenangi Segmen Follow & Blogwalking #2. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Ieyzartd...


Mukmin Sebagai Cermin Saudaranya

Sabda Rasulullah S.A.W: Seorang yang beriman itu adalah cermin bagi saudaranya.

Jika dilihat sifat-sifat cermin , masyaALLAH, memang mendalam sungguh hadis rasulullah. Antara sifat-sifat cermin ialah;

1. Senyap, cermin hanya akan memberi reflection tanpa berkata apa-apa. Begitulah juga kita, untuk menegur, perlulah menegur secara hikmah, baik bukannya dengan cara memaki hamun, mengata, mengumpat dan sebagainya.

2. Selepas cermin itu memberi reflectionnya, jika kita tinggalkan cermin tersebut, keburukan yang terserlah, hanya diberitahu semasa kita berhadapan dengan cermin. Cermin tidak akan meninggalkan kesan-kesan yang buruk selepas kita beredar dari cermin tersebut. Begitulah juga dengan kita, setelah memberi teguran kepada saudara kita, haruslah kita melupakan terus keburukan mereka. Biarkan ia berlalu.

3. Cermin akan memberi reflectionnya sepanjang masa, tidak kiralah bila-bila masa kita ke cermin tersebut, pasti cermin tersebut akan menjalankan tugasnya. Dari jam 12 tengah malam hinggalah ke tengahari. 24 jam. Begitulah juga orang beriman akan melakukan tugasnya untuk mencegah kemungkaran 24 jam sehari semalam.

4. Cermin bukan sahaja memberikan reflection yang buruk, ia juga memberikan gambaran kecantikan kepada sesiapa yang berada dihadapannya. Maka begitulah juga umat islam, kita mestilah melahirkan rasa kagum dan bersyukur jika ada dikalangan saudara kita yang melakukan perkara baik.

5. Jika kita memecahkan cermin, serpihan-serpihan cermin itu masih, memberikan reflectionnya kepada kita. Begitulah juga orang beriman, biarpun dimaki hamun, dizalimi, tetapi tetap juga akan memberikan sumbangan untuk mencegah kemungkaran selagi mana ianya benar.

Selanjutnya, klik SINI untuk terjah.

Sama-samalah kita saling ingat-mengingati dan berpesan-pesan kepada kebenaran. Mia amat tertarik dengan kisah pengajaran tentang susu dalam entri tersebut. Begitu juga dengan kisah perumpamaan cermin ini juga haruslah diberi penghayatan dengan penuh kesederhanaan supaya kita tidak lari daripada melakukan kesilapan. Syukurlah pada apa yang ada dan sentiasa cermin diri sendiri supaya tidak takbur dan sombong di kemudian hari.

jemput berkenalan dengan Ieyzartd... tazkirah yang bagus untuk dikongsi bersama...