Pertama kalinya Mia pun tidak sangka boleh berada dalam ranking 500 blog Malaysia di Alexa.com. Tentulah suka.

Lebih-lebih lagi, pagi tadi blogger famous Broframestone telah pun menyenaraikan Top Blogger Malaysia Awal Tahun 2013 dan tiba-tiba terselit blog ini di dalamnya. Apatah lagi disenaraikan bersama blogger-blogger otai yang famous. Apalagi tersenyum lebar dibuatnya.


Nampak tak? Mia di nombor 17. Rajinnya Broframestone dan ini adalah maklumat terkini pada jam 3.00 pagi 16 Januari 2013.

Sempat juga Mia komen.

klik pada gambar untuk besarkan

Aduhai, rasanya macam terbakar dah ni. Semangat dah berkobar-kobar kini. Secara tidak langsung telah memotivasikan Mia untuk lebih serius di bidang blogging tahun ini. InsyaAllah... Mia akan cuba sedaya upaya. Yakin boleh!

p/s : merangkak, bangun,  berjalan, berlari...