Terima kasih tidak terhingga kepada Mak Dara sekeluarga semasa Mia berada di Kuala Lumpur tempohari. Kami sempat juga bertukar-tukar ilmu blogging, ilmu gossip dan meroyan, ambil gambar guna android dan macam-macam lagi. 2 hari 1 malam di sana terasa seperti tidak mencukupi. Aktiviti terlalu penuh.

Gambar semasa kami bersarapan di pagi 15 Januari 2012 di Taman Seri Rampai...





Terima kasih juga kepada Mak Lady yang sudi hantarkan Mia ke LRT Wangsa Maju untuk menaiki teksi ke Jalan Lumut Kuala Lumpur pada 15 Januari 2013. Cepat betul Mia sampai dalam pukul 2.00 petang. Perjalanan mengambil masa dalam 16 minit dan kalau naik LRT tentu belum sampai lagi pada masa itu. Jasamu Mak Lady tetap Mia kenang.


Layanan yang sungguh mesra sekali sehingga tidak terasa asing bila bersama Mak Dara sekeluarga. Satu sahaja aktiviti yang tertinggal... tidak sempat nak karaoke bersama.

Love you always Mak Dara... Thanks for everything...