Update Blog - Bukannya Perkara Mudah

Aktiviti update blog bukannya perkara yang mudah bagi seorang yang bergelar blogger. Nampak macam senang tetapi sebenarnya susah. Setiap hari kena fikir nak buat cerita apa ya hari ini? Hari ini nak update blog berapa kali? Itu semua sentiasa bermain di benak fikiran seorang blogger tegar.

Bila dah ada cerita, sentiasa akan terfikir bagaimana penerimaan pengunjung tentang entri itu nanti adakah suka atau tidak? Sebab itu Mia lebih selesa buat entri yang ringkas dan ala-ala santai. Tidak terlalu berat. Terkadang diselang-selikan dengan pelbagai jenis cerita supaya dapat menjadikan blog bertambah meriah. Perlu diingat tidak semua orang ada minat dan kesukaan yang sama. Kena belajar mengenali hati pengunjung  pun bukan perkara mudah.

Bila dah update blog terasa lega sangat. Selepas itu, sekejap-sekejap mulalah tengok ada orang datang baca tak? Dah berapa banyak pageviews. Ada orang komen tak? Kalau ada orang komen, terus tidak sabar nak baca apa yang dikomennya. Hati ini tentu akan terasa betapa gembiranya bila ada orang komen dan bagi pandangan. Terasa dunia itu indah sekali dan tersenyum keseorangan. Hilang segala tekanan dan stress.

Sebenarnya, kita nampak dari persepsi luar macam seronok dan best sahaja bila menjadi blogger. Bila dah jadi blogger baru alami perasaan dan situasi itu macam mana. Mula-mula memang payah nak update blog. Mungkin memakan masa yang agak lama. Siap boleh termenung dan berangan lagi. Tapi bila sudah menjadi rutin harian, tanpa disedari aktviti update blog menjadi lebih mudah. Dapat sahaja idea atau cerita terus boleh menaip dengan pantasnya.

Begitulah lumrahnya setiap hari, mencari bahan.. mencari cerita untuk dijadikan tatapan pengunjung. Kalau setiap hari menerima banyak kunjungan tentu akan lebih bersemangat untuk terus update blog secara konsisten dengan kekerapan yang termampu. Sehingga pengunjung boleh dapat agak masa entri dikeluarkan kat blog.

Jangan pandang rendah pada blog sendiri. Cerita sendiri. Itulah kunci kekuatan kita untuk berblog. Percayalah,  tergolong dalam komuniti blogger adalah perkara yang paling manis dalam hidup Mia. Berkongsi pandangan, pengalaman dan bertukar-tukar fikiran. Jadikan blog sebagai medan untuk berhubungan. 

Daripada tidak tahu kepada tahu. Tiada jalan pintas. Semuanya bermula dari bawah. Harus lalui satu persatu.