Awal pagi tadi, dari pukul 1.00 pagi sehinggalah 1.40 pagi, Mia bantu Deno buat tabber widget di blognya. Sebelum itu Deno dah cuba buat sendiri tetapi tidak berjaya. Kemudian, Mia cuba bantu langkah demi langkah supaya Deno buat sendiri.

klik pada gambar untuk besarkan

Mia minta dia cuba buka entri tutorial INI untuk buat tabber widget di blognya. Mula-mula Deno kena susun dahulu widget mana yang hendak dimasukkan ke dalam tabber widget. Kemudian, baru add HTML widget dan masukkan semua coding ke dalamnya. Tabcount di tukar kepada 4 sebab ada 4 widget yang Deno nak masukkan ke dalam tabber widget. Kemudian, susun HTML widget itu di atas 4 widget tersebut. Selepas siap Save Setting blog layout. Sepatutnya bila refresh blog, tabber widget ada di dalam blog Deno. Yang peliknya, tidak ada dan tidak berjaya pula.

klik pada gambar untuk besarkan

Petang semalam pun Deno dah cuba buat sendiri tetapi tidak boleh juga. Awal pagi tadi pun Deno dah buat 2 kali, tetapi tidak boleh juga walaupun dibantu oleh Mia. Nampak gayanya, Mia kena tengok juga coding blog Deno, mana tahu ada yang disable untuk add HTML widget itu.

Deno jangan susah hati ya... Jaga kesihatan elok-elok...

akan ada sesi online kedua bersama Deno nanti sehinggalah masalah selesai...