image Sihir Pemisah Suami Isteri - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Tuesday, 30 April 2013

# Tazkirah

Sihir Pemisah Suami Isteri


Selalunya sihir pemisah ini ditujukan kepada suami isteri. Hubungan yang intim tiba-tiba menjadi dingin dan asyik bertelagah sesama sendiri tanpa sebab yang munasabah. Memang kadang kita tidak perasan. Tetapi cuba kita selidik dan dalami mana tahu kot-kot terkena ilmu sihir pemisah ke... Kita kadang tidak tahu, mungkin ada orang dengki dengan kebahagiaan rumahtangga kita ke... bekas kekasih yang tidak puas hati ke... macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Apabila dah terasa lain macam, cepat-cepatlah pergi berubat dan dapatkan rawatan tradisional supaya ianya tidak melarat dan mengakibatkan penceraian.

Dari Jabir r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan atau gangguan. Seorang dari mereka berkata, "Aku telah melakukan perkara ini dan itu", maka berkata Iblis, "Kamu tidak melakukan apa-apa", Kemudian seorang lagi datang dan berkata, "Aku tidak meninggalkannya (manusia) sehingga aku pisahkan antara suami dan isterinya", Iblis berkata, "Ya, kamulah (yang betul hebat)". (Riwayat Muslim)

Hadis ini menjelaskan, iblis dan bala tenteranya menjadikan pasangan suami isteri sasaran utama misi mereka untuk memecah belah anak cucu Adam.

Menjadi kebanggaan mereka sekiranya terjadi pergaduhan dan penceraian antara pasangan yang berumah tangga.

Di sini Mia kongsikan maklumat tentang sihir pemisah...

Apa itu sihir pemisah? Sihir pemisah merupakan sihir yang seringkali dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu selalunya berkaitan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya.

Sihir ini juga dikenali sebagai sihir 'at-Tafriq' dan mempunyai kaitan dan persamaan dengan sihir pembenci. Ia lebih fokus kepada pasangan suami isteri agar hubungan bermasalah dan penceraian.

Ibnu Kathir menjelaskan setiap pasangan suami isteri yang terkena sihir ini akan mengakibatkan pandangan suami atau isteri terhadap pasangannya disihirkan sehingga kelihatan hodoh atau buruk sama ada dari rupa paras atau perilaku.

Antara medium yang digunakan untuk menjayakan sihir adalah menggunakan barang berkaitan dengan mangsa seperti gambar atau pakaian, air atau minyak dijampi dan dicalitkan kepada mangsa atau diletakkan di laluan lokasi mangsa atau dimasukkan ke dalam makanan mangsa tanpa disedari.

Sebenarnya apa yang digunakan hanya hiasan luar oleh pengamal sihir untuk mengaburi mata pelanggan. Pengamal sihir sebenarnya menggunakan jin simpanan atau belaan sebagai pengantara ilmu sihir mereka.

Apabila pengamal sihir menghantar sihir kepada seseorang, mereka sebenarnya menghantar jin yang telah membuat ikatan taat setia kepada mereka. Jin yang dihantar memasuki tubuh mangsa dan melakukan kerosakan dalam badan manusia.

Jin tersebut mempengaruhi pemikiran, emosi dan nafsu manusia bagi melakukan perkara yang dikehendaki pengamal sihir.

Antara simptom yang sering diberitahu pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:

1 Timbul rasa benci amat sangat tanpa sebab jelas pada salah seorang daripada pasangan atau kedua-duanya sekali.

2 Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab atau sebab kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak yang menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.

3 Timbul rasa was-was syaitan dalam hati menyebabkan isteri takut mendekati suami. Seolah-olah suami hendak menganiayai isteri atau sebaliknya.

4 Timbul rasa cemburu melampau hingga menyebabkan isteri berang kerana syak suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Ini menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran suami atau tidur sebilik.

5 Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di samping, dan merasa lega sebaik saja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.

6 Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa menakutkan atau sentiasa marah dan bengis atau suami melihat isteri kelihatan hodoh. Apa yang dilakukan serba tak kena.

7 Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab. Dalam hati timbul bisikan yang dia telah melafazkan cerai, padahal suami tidak berhasrat.

Kadang-kala lafaz cerai benar-benar keluar dari lidah seolah ada kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri kadang-kala meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami dalam keadaan tidak terkawal dan membawa kepada pergaduhan.

Sumber : SINI

Begitu menakutkan sebenarnya. Semoga rumahtangga kita aman dan damai daripada gangguan jin dan syaitan. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan hidup berumahtangga. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

sentiasa berdoa... rumahtangga kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat...

80 comments:

  1. zaman je moden tapi sihir2 ni makin menjadi...

    ReplyDelete
  2. Harap2 benda ni x berlaku d zaman moden, tp jangkaan kita salah. smakin teruk adalah...

    ReplyDelete
  3. salam
    moga dijauhkan segalanya...teringat pakcik yang baru meninggal akibat dishir orang..nauzubillah...
    ape pun selamat pagi mia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. oh ye ke? al-fatihah ya buat arwah..

      Delete
    2. Salam btl2 suami sy pon kne sihir pemisah no ada perempuan cinta padanya and hanta jin kat dia. .

      Delete
  4. Replies
    1. jika hati di kuasai syaitan ....rosak lah kehidupan manusia..ingatlah balasan dan azab dari Allah..

      Delete
  5. Sekarang ni dah kembali seprti zaman dulu2 banyak betul kes sihir ni.

    ReplyDelete
  6. Zaman dh moden tapi pemikiran msih kolot kn dgn zihir2... Nauzubillah...

    ReplyDelete
  7. zaman sekarang memang ada org gunakan ilmu hitam nie , utk kepentingan peribadi...harap kita semua dilindungi..amin !

    ReplyDelete
  8. takot sangat benda2 macam ni..mintak dijauhkan..

    ReplyDelete
  9. semoga kita dijauhkan dari anasir2 yg sgt jauh menyimpang dari ajaran Islam dan semoga kita sentiasa dilindungi olehNya..amin

    ReplyDelete
  10. semoga keluarga kita dijauhkan dari benda2 tahyul dan kurafat ini...

    ReplyDelete
  11. Betul tu Dato' fadzilah cakap ada syaitan yg bernama Dasim duk kat pintu utk menggangggu hubungan rumahtangga....so baca ayat al-quran, beri salam dengan penuh dan melangkah dgn kaki kanan bila masuk rumah...mungkin kita boleh sama2 cubakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp hainom.. terima kasih atas perkongsian ini...

      Delete
  12. Bila baca macam ini takut kakak. Yelah kita tak tahu.
    Moga kita dlm perlindungan Allah hendaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun risau juga kan kak zakie... manalah tahu kot2 ada yang nak dengki ke...

      Delete
  13. amalkan surah-surah di dalam Al-quran bagi menghindari sihir-sihir ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena banyakkan amalan untuk pelindung diri... thanks ya kak sukma...

      Delete
  14. yang mana takde jodoh dengan ex memasing tu terimalah ketentuan Allah.. jangan nak berdendam sampai sihir menyehir, kan?? Apapun semoga rumahtangga kita di lindungi dari hasad dengki manusia jin & syaitan..

    ReplyDelete
  15. bahaya kalau buat benda2 mcm nie........ semoga kita semua dijauhi.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bahaya sangat remy... ibarat meruntuhkan masjid yang dibina.. huhuh

      Delete
  16. terbaca kisah ni kat paper ahad lepas...
    mang betul berlaku kat kalangan kita, member yati sendiri pun ada yg kena...

    ReplyDelete
  17. Sometimes Mieza pun ada mengalami simptom2 macam kat atas.. Terutama yang no. 5 tu.. Huhu.. Semoga Allah SWT memelihara rumahtangga kami..

    ReplyDelete
  18. Inilah gejala masyarakat melayu nusantara. Perasaan Hasad Dengki sentiasa ada dalam diri. Sihir menyihir pemainan dari dahulu kala lagi. Sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa dari ALLAH S.W.T. Mintalah pertolongan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T. Sentiasalah berzikirullah di dalam hati setiap saat.

    ReplyDelete
  19. minta sgt djauhkan..bertaubat lar pada meraka yg suke melihat kehancuran rumah tgge org laen.. :)berdoa untuk kebahagiaan org laen itu lebih baik

    ReplyDelete
  20. gd sharing ni tq mia !

    ReplyDelete
  21. semoga terlindung dari sihir yang macam ni...Nauzubillah...

    ReplyDelete
  22. Sebab tu masa bujang jangan buat perkara2 diluar batas agama. sebab biasanya apa yang kita lakukan semasa kita bujang, ganjarannya akan tiba selepas kita berkahwin. Itu yang jadinya baru kawen 2-3 bulan bercerai.

    ReplyDelete
  23. Memang ada..tapi ramai yang tak percaya. Zaman sekarang ni dah kembali balik ke zaman-zaman jahiliah. Sihir, ilmu hitam makin ramai yang menggamalkannya..Nazubillah.. Minta di jauhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Aini. Kini semakin ramai yang amalkan benda2 syirik macam ni. Moga kita dijauhkan daripada semua tu..

      Delete
  24. p/s: jom join segmen deno? http://dayangdeno.blogspot.com/2013/04/segmen-lupus-awareness-month.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh ada segmen ya deno.. thanks invite kak mia..

      Delete
  25. Menakutkn..semoga rumahtangga mv dijauhkn drpd perkara mcm ni

    ReplyDelete
  26. tu lah kan kak mia, moga kita dijauhkan.. takut nk dengar tentang sihir2 ni, mcm xde agama je kan org yg mengamalkan sihir ni

    ReplyDelete
  27. mmg menakutkan ni...yg lebih merisaukan bila pasangan suami isteri tu tak sedar pon mereka disihir...ataupun sedar tapi dah terlambat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... memang kesian sangat.... mangsa keadaan...

      Delete
  28. Sapa2 bleh bantu x cara nk ubati sihir ikatan@sihir batang keladi.klau brubat pastu jadi g



    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaf ya... mia cuma kongsikan entri ini. sihir ikatan@sihir batang keladi mungkin kalau ada pengunjung lain yang ingin berkongsi di sini. amat2 lah dialu2 kan..

      Delete
  29. mula tak percaya pada sihir2 ni.. tapi itu la terjadi.. apa yg terjadi semua ada kait mengait akhirnya saya dan bekas suami pun da pun berpisah.. da 2 tahun kami berpisah.. tapi takpe kita da redha.. kalau sesape yg bergaduh tu..takmo la bergaduh mcm saya dan bekas.. bila da berpisah baru perasan tapi nk rujuk balik da tak bleh sebab hati da jauh.. moga Allah lindungi semua pasangan suami isteri..

    ReplyDelete
  30. Suami sy ditutup jalan blk kerumah sy. apa y perlu sy buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jumpa pakar perubatan islam secepat mungkin. Selalunya org sebegini menggunakan perantaraan jin perewang. Jgn apa yg terjadi kepada saya, terjadi kepada anda.

      Delete
  31. Saya adalah salah satu mangsanya. Dari berkasih sayang menjadi sebenci2 nya sehingga melafazkan cerai. Suami saya meninggal kerana merana tak dpt pulang ke pangkuan saya dan anak. Menurut pengamal perubatan suami saya telah diikat sampai mati oleh wanita yg hancurkan kehidupan kami. Sehingga kini saya tak dpt lupakan suami saya kerna saya tahu apa yg terjadi bukan kehendakknya.

    ReplyDelete
  32. Salam.
    Isteri saya sering kali minta cerai dan 3 hari lepas dia tidak balik dan tinggalkan saya bersama anak2 pada pagi raya. Perasaan cinta sudah hilang seringkali berlaku pergaduhan. Sudah cuba utk berubat tapi tidak berkesan. Mohon sesiapa utk berkongsi mana2 tempat perubatan islam yg boleh mengikat kembali tali percintaan kami. Wasalam.

    ReplyDelete
  33. salam,
    kes saya brlaku ptghan puasa lalu, lps knal bks kekasih dlm fcebook isteri terus mtk cerai after 3days. sblm tu asyik gaduh walau hal kecik cepat marah, rupanya kami diberi makan supaya benci membenci., even org luar pun benci tgok saya. isteri ckp x sayg sikit pun pd saya dh. semua yg buruk dicerita pd keluarga dia dn saya dituduh mcm2, even anak pun dihasut benci kt saya. tk imam msjid scan, katanya disebabkn hasutan,dendam dan sihir. isteri 50-50 diri dia , dlm badan dia sure ada jin yg control. dh mntak fasah kt mhkmah pun. tp i x nk layan krna i tahu apa sbnrnya trjadi. moga allah membalas mereka yg trlibat menzalimi rmhtngga i. siksanya apa i rasa hnya tuhan yg tahu...., tp pada allah i berserah dn mohon ditunjuk kebenaran. mereka yg brusaha rosakkan hbgn suami'-isteri hga brcerai rasulullah x mngaku dr umat baginda. smoga yg merosakn kami suami isteri trgolong dr umat iblis laknatullah. knapa tdk?..mereka tlh mngoncang arasy allah dn mnggembirakn iblis d singgahsananya. mirrzann@gmail.com

    ReplyDelete
  34. Hidup saya kembali ! Selepas 8 tahun berkahwin, suami saya meninggalkan saya dan meninggalkan saya dengan tiga anak-anak kita . Saya merasakan seperti hidup saya adalah kira-kira untuk menamatkan , dan telah jatuh selain. Saya dihubungi Dr OKORO LOVE Eja dan selepas saya menjelaskan masalah saya, Dalam masa 3 hari suami saya datang kembali kepada kami dan tunjukkan kepada saya dan anak-anak cinta saya banyak dan memohon maaf untuk semua kesakitan dia telah membawa kepada keluarga. Kami diselesaikan isu-isu kami, dan kami lebih bahagia lebih berbanding sebelum ini Dr OKORO anda adalah ejaan kastor terbaik. Saya benar-benar menghargai ejaan cinta anda dibuang untuk saya untuk mendapatkan lelaki itu kembali ke hidup saya saya akan menyimpan berkongsi lebih testimoni kepada orang ramai mengenai kerja baik anda. Terima kasih sekali lagi Dr OKORO . Anda juga boleh menghubungi Dr OKORO melalui alamat e-mel: dr.okorospelltemple01@gmail.com sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah anda boleh menghubungi orang ini untuk membantu beliau sentiasa ada di kuil untuk membantu anda menyelesaikan masalah anda Hubungi E-mel ialah: dr . okorospelltemple01@gmail.com HUBUNGI HIM TODAY VIA INI ALAMAT EMAIL : dr.okorospelltemple01@gmail.com SEBAGAI KUASA NYA ADALAH YANG TEGUH DAN SANGAT BERKESAN DAN TIDAK MEMPUNYAI kESAN BAD sebaliknya ia MEMPUNYAI KEPUTUSAN SANGAT BAIK SELEPAS Pemilihan Pelakon Eja .

    NOMBOR Dr OKORO : +2348053209149
    Hubungi Dr OKORO Via email: dr.okorospelltemple01@gmail.com

    ReplyDelete